Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Al Ittihad pecat Laurent Blanc selepas kalah di tangan kelab Ronaldo, Al Nassr
  • SUKAN

Al Ittihad pecat Laurent Blanc selepas kalah di tangan kelab Ronaldo, Al Nassr

Utusan Sarawak 2 days ago

Kelab Arab Saudi, Al Ittihad memecat pengurusnya, Laurent Blanc. - Foto AFP

PARIS: Kelab Arab Saudi, Al Ittihad memecat pengurusnya, Laurent Blanc hari ini selepas kekalahan 0-2 di tangan kelab Cristiano Ronaldo, Al Nassr.

Pembantu Blanc, Hassan Khalifa akan mengambil alih tugasan sehingga diberitahu, umum Al Ittihad di media sosial ketika kelab itu berada di tangga ketiga Liga Pro Saudi, tiga mata di belakang Al Nassr selepas empat perlawanan.

Blanc, 59, menyertai Al Ittihad pada 2024 selepas mengetuai kelab Ligue 1 Lyon.

Bekas pertahanan tengah itu pernah beraksi bersama Marseille, Inter Milan dan Manchester United, dan dia juga menjadi sebahagian pasukan Perancis yang menang Piala Dunia 1998 di laman sendiri tetapi tidak beraksi di final kerana dibuang padang pada separuh akhir menentang Croatia.

Dia kembali mengemudi Perancis pada 2010, dan membawa pasukan itu ke suku akhir Euro 2012 sebelum digantikan Didier Deschamps. – AFP

Continue Reading

Previous: Kejohanan Futsal Saberkas 2025 serlah semangat belia dan perpaduan
Next: Sukan Borneo Kuching 2025: Sarawak kuasai acara renang, kumpul 59 pingat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.