Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aktiviti penjualan dadah kembali aktif ketika PKPB?
  • TEMPATAN

Aktiviti penjualan dadah kembali aktif ketika PKPB?

Utusan Sarawak 5 years ago
AKTIVITI DADAH… Aktiviti apa yang dilakukan jika kelihatan sembunyi sembunyi.

KUCHING: Seorang sukarelawan dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkata aktiviti penjualan dadah mungkin sudah kembali aktif berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata dengan PKPB, beliau sudah ternampak kenderaan di kawasan perumahan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Dari tinjauan yang dibuat, beliau ternampak beberapa tempat pengedaran di Jalan Arang dan Jalan Burung Lilin.

Penjual dadah ini, menurut beliau, akan meminta pembeli supaya membuat pembayaran menerusi bank dan kemudian menerima dadah di satu tempat yang ditetapkan.

Pada tengahari Selasa, sebuah kereta dilihat di sekitar Jalan Arang untuk mengambil dadah namun gagal setelah cuba mencari. Pemandu kereta tersebut kemudian kembali di dalam kereta yang berlainan dan kedua-dua pemandu mencari lagi dan setelah menjumpainya, mereka keluar dari kawasan perumahan tersebut.

Sukarelawan tersebut berkata statistik dadah telah menurun secara mendadak semasa PKP dan adalah sukar untuk mereka dilihat di luar. Pihak polis juga berjaya membuat beberapa tangkapan semasa PKP.

Polis sudah diberitahu berkenaan dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Arang.

Continue Reading

Previous: Bekalan cukup untuk Hari Raya, Gawai
Next: Terus pelihara perpaduan ummah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.