Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aktiviti mengecat pili bomba wujudkan semangat kebersamaan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Aktiviti mengecat pili bomba wujudkan semangat kebersamaan komuniti

Utusan Sarawak 10 hours ago
PILI BOMBA….Aktiviti mengecat pili bomba bersama penduduk Kampung Selemas Baru. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Dalam usaha memperkukuh hubungan dengan masyarakat dan memastikan tahap keselamatan kebakaran sentiasa terpelihara, pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan serta kerja mengecat pili bomba bersama penduduk Kampung Selemas Baru, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata aktiviti yang bermula sekitar 9.30 pagi itu turut disertai oleh dua anggota bomba bertugas.

“Aktiviti seumpama ini bukan sahaja bertujuan memastikan pili bomba dalam keadaan baik dan berfungsi, tetapi juga berperanan mendekatkan pasukan bomba dengan penduduk setempat.

“Kami mahu komuniti merasakan bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas pihak bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja mengecat dan pemeriksaan pili bomba juga dilihat sebagai usaha memperindah kemudahan awam serta memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan penduduk terhadap aset keselamatan di kawasan mereka

“Pili bomba adalah komponen penting dalam sistem tindak balas kecemasan kebakaran dan harus sentiasa berada dalam keadaan yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

“Kerjasama penduduk dalam memaklumkan sebarang kerosakan atau halangan pada pili bomba amat penting bagi memastikan tindakan segera boleh diambil oleh pihak kami,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Malam Pavilion BCF 2025 raikan keindahan budaya Melayu Melanau
Next: Perkukuh peranan wanita dalam landskap politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.