Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Aktiviti dadah terbongkar, polis tahan dua lelaki dan rampas syabu 14.83 gram
  • JENAYAH

Aktiviti dadah terbongkar, polis tahan dua lelaki dan rampas syabu 14.83 gram

Utusan Sarawak 7 hours ago
DUA lelaki tempatan diberkas polis dalam satu operasi oleh polis, di Kampung Tanjung Saratok petang semalam.  Foto: IPD Saratok

SARATOK: Tindakan licik dua lelaki tempatan menjadikan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung sebagai lokasi aktiviti dadah mengundang padah apabila mereka dicekup pihak polis dalam satu serbuan petang semalam.

​Dalam operasi yang bermula sekitar 1.52 petang itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Saratok telah menyerbu kediaman berkenaan sebelum berjaya menahan suspek.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan kejayaan tangkapan tersebut dan menyatakan bahawa hasil pemeriksaan rapi di dalam rumah terbabit telah membawa kepada penemuan barangan terlarang.

“Pihak polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal, selain satu paket lagi yang mengandungi dua tiub straw lutsinar, serta satu lagi paket berasingan yang kesemuanya disyaki dadah jenis syabu.

DSP Mathew Manggie

“Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan seberat 14.83 gram dengan nilai pasaran mencecah RM1,631.60,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​DSP Mathew berkata, selain daripada rampasan dadah, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,100 dan RM210 dalam pelbagai dominasi wang kertas yang disyaki merupakan hasil daripada aktiviti penjualan barangan haram tersebut.

Dua telefon bimbit jenama Vivo berwarna perak dan hitam turut dirampas untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek yang berusia 45 dan 48 tahun itu bekerja sebagai buruh kasar.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek pertama disahkan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, manakala suspek kedua menunjukkan keputusan negatif.

​Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Pegawai Penyiasat Sarjan Roslinda Utubesar daripada BSJND Saratok.

“Pihak polis juga sedang mempergiat siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian sindiket dadah lain yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan, 15,000 liter diesel subsidi dirampas
Next: Jual nombor loteri haram sejak seminggu, lelaki ditahan di Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.