Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 langkah positif ke arah keadilan, ketelusan
  • BISNES

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 langkah positif ke arah keadilan, ketelusan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Jonathan Chai.

KUCHING: Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang baru diluluskan dianggap sebagai langkah positif dan telah lama dinantikan bagi memastikan keadilan serta ketelusan yang lebih besar dalam sistem pembiayaan pengguna di negara ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), Dato Jonathan Chai berkata, selama bertahun-tahun pembeli kereta sering berada dalam kedudukan yang kurang memihak akibat kaedah pengiraan faedah secara kadar rata yang mengenakan faedah ke atas jumlah pinjaman penuh sepanjang tempoh bayaran balik, tanpa mengambil kira jumlah prinsipal yang telah dibayar.

“Peralihan kepada sistem baki berkurangan merupakan langkah tepat kerana pengguna kini hanya membayar faedah ke atas baki pinjaman yang masih belum dijelaskan. Ia lebih adil dan menepati piawaian antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menyambut baik pengenalan kadar faedah efektif (EIR) yang disifatkan dapat meningkatkan ketelusan pasaran, membolehkan peminjam membuat perbandingan lebih tepat antara tawaran pembiayaan serta membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Katanya, langkah itu amat relevan dalam keadaan kos sara hidup dan pemilikan kenderaan yang terus meningkat.

“Golongan pengguna juga wajar diberi penghargaan kerana konsisten memperjuangkan keperluan pindaan ini, manakala kerajaan patut dipuji kerana mendengar dan bertindak atas kebimbangan tersebut. Ini membuktikan bahawa advokasi yang membina dan dasar yang baik boleh berjalan seiring demi kepentingan awam,” jelasnya.

Namun beliau menegaskan, pelaksanaan dan penguatkuasaan akan menjadi faktor penentu kepada keberkesanan pindaan ini.

“Pihak berkuasa perlu berwaspada agar pemberi pinjaman tidak memperkenalkan caj tersembunyi bagi mengimbangi peraturan baharu ini.

“Pendidikan kepada pengguna yang mencukupi serta pemantauan berterusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri amat penting untuk mengekalkan semangat sebenar pindaan ini,” ujarnya.

Menurut beliau, secara keseluruhan pindaan itu menandakan komitmen negara dalam memodenkan amalan kewangan serta memperkukuh perlindungan pengguna sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa.

“Langkah ini juga menggalakkan institusi kewangan berinovasi secara bertanggungjawab, memupuk ketelusan serta memperluaskan penggunaan digitalisasi dalam perkhidmatan mereka. Matlamat akhirnya ialah membina ekosistem kewangan yang adil, telus dan berpusatkan rakyat yang menyokong keyakinan pengguna serta pertumbuhan perniagaan yang mampan,” katanya.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia tinggi pada sesi dagangan awal, seiring peningkatan Wall Street
Next: Produk makanan Sarawak raih minat pembeli China di Pameran Import Antarabangsa China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.