Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Aksi ‘wheelie’ berakhir di lokap, lelaki muda ditahan di Miri
  • JENAYAH

Aksi ‘wheelie’ berakhir di lokap, lelaki muda ditahan di Miri

Utusan Sarawak 19 hours ago
DIPERIKSA...Antara motosikal yang diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan, di Miri, petang semalam. Foto PDRM Miri

MIRI: Tindakan berani seorang lelaki melakukan aksi ‘wheelie’ di jalan raya membawa padah apabila dia ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata suspek berusia 20 tahun itu merupakan warga tempatan dan ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan. Motosikal yang digunakan turut disita untuk siasatan lanjut.

“Dalam operasi ini, sebanyak 48 kenderaan telah diperiksa. Daripada jumlah tersebut, 13 motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati telah diubah suai daripada struktur asal dan juga untuk tujuan pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

DIPERIKSA...Antara motosikal yang diperiksa dalam Operasi Samseng Jalanan, di Miri, petang semalam. Foto PDRM Miri

Tambah beliau, seramai 50 individu turut diperiksa, manakala 100 keping saman (PDRM K257) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi tersebut.

Operasi berkenaan dijalankan dari 5.00 petang hingga 9.00 malam oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri, melibatkan dua pegawai kanan dan 12 anggota.

Antara lokasi tumpuan ialah Jalan Marina, Jalan Luak Esplanade dan Jalan Miri Bypass.

Mohd Farhan berkata, tujuan utama operasi adalah untuk membanteras aktiviti samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalan raya, selain memastikan pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas.

“Operasi seperti ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab di jalan raya,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan penunggang motosikal agar tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan, tidak mengubah suai struktur asal motosikal, tidak berkumpul di tepi jalan sehingga menimbulkan kesesakan dan gangguan bunyi serta sentiasa menunggang dengan berhemah dan berhati-hati.

“Kecuaian pengguna jalan raya bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi turut mengancam keselamatan orang lain,” tegasnya.

Polis turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433400.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Two arrested over attempted cable theft in Kota Samarahan
Next: ‘Wanita Facebook’ janji untung 10%, mekanik Sibu rugi lebih RM317,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.