Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aksi santai Abang Johari naik skuter elektrik ceriakan Majlis Makan Malam GPS
  • TEMPATAN

Aksi santai Abang Johari naik skuter elektrik ceriakan Majlis Makan Malam GPS

Utusan Sarawak 16 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencuri perhatian dengan aksi bersahaja menunggang skuter elektrik pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Suasana Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 malam ini bertukar santai dan ceria apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencuri perhatian dengan aksi bersahaja menunggang skuter elektrik.

Beliau tetap meluangkan masa berinteraksi secara santai bersama tetamu, sekali gus mencerminkan keperibadian mesra dan dekat dengan rakyat, meskipun seharian menghadiri dan mengikuti perjalanan konvensyen.

Beliau dilihat menunggang skuter elektrik tersebut mengelilingi meja tetamu kehormat, sambil disaksikan dif kenamaan lain yang turut terhibur dengan gelagat spontan berkenaan.

Terdahulu, beliau tertarik dengan skuter elektrik yang digunakan oleh kakitangan penganjur konvensyen, yang juga merupakan hadiah utama cabutan bertuah majlis berkenaan.

Beliau bangun dari tempat duduk untuk melihat dengan lebih dekat sebelum mencuba sendiri skuter tersebut dalam suasana penuh santai, didorong oleh rasa ingin tahu.

Selepas itu, beliau kembali menikmati juadah makan malam sebelum beredar meninggalkan majlis bersama dif kenamaan lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Bertandak kian dilupakan, usaha pelestarian perlu diperkasakan
Next: Kerjasama strategik Malaysia–China, stabilkan rantaian bekalan peranti perubatan dalam negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.