Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aksi persahabatan erat silaturahim
  • SUKAN

Aksi persahabatan erat silaturahim

Utusan Sarawak 5 years ago
V40 SERIAN

BUKAN pemenang yang dicari sebaliknya hubungan silaturahim menjadi agenda utama aksi bola sepak persahabatan membabitkan pasukan MU EPL Plus Simanggang menentang V40 Serian.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman, semalam berakhir dengan keputusan berpihak kepada MU EPL Plus Simanggang dengan jaringan 3-1.

Ketua Pasukan MU EPL Plus Simanggang, Mohd Affandie Jaraiee berkata, biarpun pasukan lawan yang diwakili kebanyakan pemain berpengalaman namun pasukannya berjaya mencatat kemenangan walaupun lawan bangkit pada babak kedua sehingga berjaya menjaringkan satu gol.

Beliau berkata, perlawanan persahabatan berkenaan bertujuan untuk merapatkan hubungan tali silatuharim antara pemainnya dengan pasukan dari Bahagian Serian itu.

“Hubungan lebih erat dan kukuh yang akan wujud menerusi perlawanan persahabatan seperti ini dan akan mewujudkan aspek kerjasama yang lebih erat antara pemain antara kedua-dua pasukan tersebut.

“Menerusi perlawanan persahabatan ini juga membolehkan kedua-dua pasukan menimba pengalaman masing-masing di samping mengamalkan amalan hidup yang sihat melalui aktiviti sukan,” ujarnya sambil menambah beliau berterima kasih kepada pengurusan V40 Serian kerana sudi berkunjung ke Sri Aman bagi mengadakan perlawanan persahabatan itu.

Mohd Affandie berkata, perlawanan yang diadakan itu penting untuk anak buahnya mengasah bakat dan mengeratkan hubungan dengan pasukan lain di sini melalui aktiviti sukan.

“Semua pemain MU EPL Plus Simanggang adalah di kalangan penyokong tegar Liga Perdana English (EPL), Manchester United (MU).

“Semua kalangan peminat MU itu disatukan dan dengan perlawanan persahabatan ini kita anjurkan pada setiap hujung minggu,” ujarnya.

Kata Mohd Affandie, MU EPL Plus Simanggang mengalu-alukan pasukan atau peminat bola sepak di bahagian ini dan sekitar ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan terbabit boleh menghubungi pengurus pasukan mereka.

“Kita mahu turut bersama dengan masyarakat di kawasan ini turut sama memeriahkan dan memberi sokongan terhadap pertandingan peringkat tempatan,” tambahnya.

Bagi berminat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan MU EPL Plus Simanggang boleh hubungi beliau ditalian (010-5908683).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Akhirnya Soh pecah rekod
Next: MY Team julang Piala Antidadah Mukah 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.