Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aksi merempit dan ‘Superman’ tidak dibenarkan selepas dapat lesen sah – Hasbi
  • TEMPATAN

Aksi merempit dan ‘Superman’ tidak dibenarkan selepas dapat lesen sah – Hasbi

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah (kiri), bersama peserta Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 Peringkat Parlimen Limbang yang menerima lesen memandu motosikal secara simbolik dalam majlis penutupan program tersebut. Turut hadir ialah Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Dato’ Aedy Fadly Ramli (dua dari kiri) dan Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili (kanan).

LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, menegaskan bahawa penunggang motosikal tidak lagi boleh melakukan aksi ‘Superman’ atau merempit selepas memiliki lesen memandu motosikal yang sah.

Beliau berkata, penunggang motosikal kini perlu lebih berhemah dan berilmu tentang undang-undang jalan raya.


“Sekarang anda adalah pemandu lesen motosikal yang sah, sudah ada pengetahuan undang-undang dan cara menjadi pemandu berhemah. Tiada lagi aksi superman atau merempit di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 Peringkat Parlimen Limbang bagi 2025 di Dewan Suarah, di sini, baru-baru ini.

PENGHARGAAN… Datuk Hasbi Habibollah menerima cenderamata daripada Dato’ Aedy Fadly Ramli sambil disaksikan pengarah-pengarah JPJ.

Hasbi menjelaskan statistik menunjukkan lebih 6,000 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan setiap tahun di Malaysia, bersamaan satu nyawa terkorban setiap 80 minit.

Lebih membimbangkan, hampir 70 peratus kematian itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal berusia antara 16 hingga 35 tahun.

Di Limbang, menurut data Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 165 kes kemalangan direkodkan pada 2024 dengan lapan kes kematian.

Berdasarkan angka itu, beliau menekankan kepentingan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan komuniti setempat.

Program MyLesen B2 Peringkat Parlimen Limbang itu telah berjaya menapis dan melatih 1,115 peserta, sekali gus membolehkan mereka memiliki lesen memandu motosikal secara sah.

Hadir sama Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Dato’ Aedy Fadly Ramli, Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, serta tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 50 peserta sertai Simposium Antarabangsa Inovasi Mampan RISD25 di UTS
Next: Penipuan beli kereta melalui FB, suami isteri berputih mata RM50,000 lesap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.