Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aksi kompetitif warnai penutup Kejohanan Golf Jubli Emas Rimbunan Hijau
  • SUKAN

Aksi kompetitif warnai penutup Kejohanan Golf Jubli Emas Rimbunan Hijau

Utusan Sarawak 20 hours ago
FOTO UKAS.

SIBU: Kejohanan Golf sempena sambutan Jubli Emas Kumpulan Rimbunan Hijau melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menampilkan aksi kompetitif serta penyertaan hebat daripada pemain-pemain tempatan di Kelab Golf Sibu, semalam.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Mafrica, Tiong Chiong Hee bersama wakil Golden Star Ace Sdn. Bhd., Kelvin Ko, yang turut memeriahkan acara penutup kejohanan yang diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan Kumpulan Rimbunan Hijau.

Walaupun hadiah ‘Hole-In-One’ bernilai RM2.6 juta tidak berjaya dimenangi, kejohanan ini tetap meriah dengan tawaran enam hadiah utama yang terdiri daripada kenderaan mewah dan jentera berat sumbangan penaja utama.

Antara hadiah eksklusif yang ditawarkan ialah sebuah Toyota Camry 2.5 HEV, jentera berat SANY, jengkaut Komatsu, traktor KUBOTA, serta peralatan dan mesin pertanian bernilai tinggi.

Dalam saingan kompetitif itu, Lee Ka Tung muncul juara kategori Nett selepas mencatat skor 68, menewaskan Steven Hii menerusi kiraan semula walaupun kedua-duanya mencatat skor sama.

Tempat ketiga diraih oleh Wong Siew Yew dengan skor 69.

Sementara itu, kategori Gross menyaksikan dominasi Anson Yeo, yang menamatkan permainan dengan skor cemerlang 72, mengatasi cabaran Ferdinand Siaw (73) dan Aw Yong (75) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Antara pemain lain yang turut mencatat prestasi membanggakan dalam kategori Nett ialah Lee Kah Ching, Lee Ka Tiong, Joseph Phang Chok Wei dan Sii Gau Wei, kesemuanya merekodkan skor 69.

Manakala Kevin Ko, Chew Ching Hock dan Wong Kong Kiang pula mencatat skor 70.

Dalam kategori Gross, Hu King Huo turut mencatat skor 75, diikuti oleh Albert Goh Han Siang (77), Wong Tung Ann dan Kung Teck Lee (78), serta Lau Chu Ku Winston (79).

Kejohanan ini berlangsung selama dua hari, bermula 10 hingga 11 Mei 2025, dan menjadi antara acara kemuncak bagi sambutan Jubli Emas Kumpulan Rimbunan Hijau, sekaligus memperkukuh hubungan silaturahim antara pemain, penaja serta komuniti setempat melalui sukan golf. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pandelela mahu prestasi konsisten menjelang Kejohanan Dunia
Next: Kem Wushu Mukah 2025 platform terbaik asah bakat, timba pengalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.