Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AKPS siasat empat pegawai disyaki terlibat aktiviti ‘Counter Setting’
  • SEMASA

AKPS siasat empat pegawai disyaki terlibat aktiviti ‘Counter Setting’

Utusan Sarawak 1 day ago

SEPANG: Empat pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sedang disiasat atas dakwaan bersubahat membantu warga asing melepasi pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tanpa prosedur sah bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pegawai berkenaan disyaki terlibat dalam aktiviti counter setting, iaitu amalan melepaskan individu tertentu melalui kaunter pemeriksaan tanpa melalui prosedur sah dan teratur.

“AKPS memandang serius perkara ini dan tidak berkompromi dengan pegawai atau individu terlibat dalam sebarang salah laku atau perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang termasuk tindakan tatatertib terhadap pegawai terbabit,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan dalam tempoh sama, pihaknya menahan 25 warga Vietnam, Kemboja, India, dan Indonesia di KLIA kerana disyaki cuba keluar dari Malaysia.

“Mereka ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dan pengesahan masuk mereka disyaki diperoleh tanpa prosedur sah. 

“Penahanan tersebut hasil daripada pemeriksaan berkala dan pemantauan berterusan oleh AKPS KLIA sepanjang tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

AKPS akan terus mempergiat usaha pemantauan serta memperkemas mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pintu masuk negara tidak disalah guna pihak yang cuba menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia harap isu iklim, digitalisasi dibincang pada Sidang Kemuncak ASEAN
Next: Sidang Kemuncak ASEAN: MEF sokong BDR, saran perancangan teliti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.