Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AKB 1961 lebih berkesan kuat kuasa pematuhan harga petrol, diesel
  • TEMPATAN

AKB 1961 lebih berkesan kuat kuasa pematuhan harga petrol, diesel

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 9 Mac -- Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini.?Pelantikan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akhbar khas di Perdana Putra Putrajaya.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??

DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI

KUCHING: Penguatkuasaan terhadap pematuhan harga jualan runcit petrol dan diesel adalah lebih berkesan dibuat melalui Surat Arahan Pengawal Bekalan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana AKB memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap mana-mana syarikat minyak atau pengusaha stesen minyak yang didapati menjual melebihi harga yang ditetapkan.

“Di bawah AKB, kegagalan untuk mematuhi Arahan Pengawal Bekalan merupakan satu kesalahan dan hukuman penalti yang dikenakan adalah sehingga RM5 juta dengan lesen barang kawalan petrol dan diesel boleh dibatalkan atau digantung oleh mahkamah.

“Kadar penalti ini jauh lebih tinggi berbanding kadar penalti yang dikenakan melalui penguatkuasaan warta di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) iaitu sehingga RM1 juta sahaja,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, ia selaras dengan komitmen KPDNHEP untuk melindungi hak pengguna dan memastikan pematuhan syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak ke atas harga jualan runcit petrol dan diesel yang ditetapkan oleh Kerajaan, tindakan penguatkuasaan di bawah AKB dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

“Kementerian juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel, iaitu melalui Automatic Pricing Mechanism (APM),” tegasnya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Tingkatkan potensi DUN Beting Maro
Next: JHEV jejak balu veteran perang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.