Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Akaun tinggal RM3.98, pelanggan rugi ribuan ringgit akibat transaksi tidak sah
  • Selatan
  • WILAYAH

Akaun tinggal RM3.98, pelanggan rugi ribuan ringgit akibat transaksi tidak sah

Utusan Sarawak 8 hours ago
CHONG Chieng Jen bersama Mr Chai semasa siaran langsung di Facebook

KUCHING: Seorang pelanggan bank mendakwa hanya tinggal RM3.98 dalam akaunnya selepas ribuan ringgit lesap akibat transaksi tidak sah, sekali gus mencetuskan desakan agar langkah keselamatan perbankan diperkukuh dan bayaran balik penuh diberikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen, mengetengahkan kes itu menerusi siaran langsung di Facebook, sambil menyifatkannya sebagai kelemahan serius dalam aspek keselamatan bank dan perlindungan pengguna.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Mr Chai telah lama menggunakan akaun tersebut sebelum menyedari pada awal tahun ini bahawa simpanannya sekitar RM5,000 hingga RM6,000 hampir habis tanpa pengetahuannya.

“Selepas menyemak penyata bank, beliau menemui pelbagai transaksi mencurigakan sejak Januari dan Februari tahun lalu, termasuk caj berulang sebanyak RM79.99 pada 13 Januari 2025 dari Amerika Syarikat, serta bayaran yang dikaitkan dengan platform seperti Microsoft Store di Singapura,” katanya.

Chong berkata, mangsa membuat laporan kepada pihak bank pada Julai 2025 dengan bantuan kakitangan cawangan dan mengemukakan tuntutan pertikaian berjumlah RM4,838.67.

Bagaimanapun, walaupun pihak bank kemudian mengesahkan transaksi tersebut sebagai penipuan, hanya kira-kira RM1,300 dipulangkan dengan alasan sebahagian transaksi melebihi tempoh tuntutan yang dibenarkan.

“Perkara ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap sistem pemantauan bank yang gagal mengesan beberapa transaksi luar negara yang serupa dalam tempoh singkat,” katanya.

Beliau turut mendakwa mangsa tidak menerima sebarang notifikasi SMS atau aplikasi berhubung aktiviti mencurigakan itu.

Chong mengkritik keputusan bank yang hanya memberikan pampasan sebahagian walaupun mengakui berlakunya penipuan, dan menegaskan bahawa institusi kewangan perlu bertanggungjawab sepenuhnya apabila kelemahan sistem mereka dieksploitasi.

“Sebagai salah satu bank utama negara, ia sepatutnya mengekalkan tahap integriti tertinggi dengan memulangkan sepenuhnya wang yang hilang, bukan sekadar bayaran separa,” katanya.

Beliau memaklumkan akan membantu mangsa membawa perkara itu ke pengurusan tertinggi bank serta Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan semula baki yang belum dipulangkan.

Chong turut merujuk kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menegaskan bahawa bank perlu membayar pampasan sekiranya penipuan berlaku akibat kelemahan sistem mereka.

“Dalam kes ini, kegagalan memberi amaran tepat pada masanya jelas menunjukkan terdapat kelompongan dalam sistem perlindungan bank,” katanya.

Beliau menegaskan akan terus memantau perkembangan kes tersebut dan membantu mangsa sehingga bayaran penuh diperoleh.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang di hutan ditemui selamat oleh penduduk kampung
Next: Isu laluan Taman Clean dikecilkan perlu penyelesaian menyeluruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.