Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Akaun Telegram Edisi Siasat tidak boleh lagi diakses
  • SEMASA

Akaun Telegram Edisi Siasat tidak boleh lagi diakses

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Saluran Telegram Edisi Siasat kini tidak dapat diakses oleh pengguna platform berkenaan sejak petang tadi.

Semakan Bernama mendapati satu peringatan dipaparkan di saluran itu bertulis ‘Tidak wujud, saluran ini tidak boleh dipapar kerana ia bertentangan dengan undang-undang Malaysia’, selain turut mendapati semua kandungan telah dipadam dipercayai disekat oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun pada 8.00 malam tadi pemeriksaan Bernama di platform berkenaan mendapati wujud satu akaun baharu menggunakan nama Edisi Siasat 2.0 dipercayai dibuat oleh pentadbir sama.

Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].

“Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua saluran berkenaan dikenal pasti menyebarkan kandungan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas sedia main peranan penyelesaian bekalan tenaga, kelestarian
Next: Penyanyi era 80-an Zaleha Hamid meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.