Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan
  • SEMASA

Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan

Utusan Sarawak 19 hours ago
TANGKAP layar video berkenaan disebarkan melalui laman media sosial Facebook dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

KUALA LUMPUR: Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun video palsu di Facebook yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Menurut RPO, video berkenaan disebarkan menerusi platform Facebook dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu seperti ini yang sering digunakan oleh sindiket penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” menurut hantaran itu.

RPO turut menegaskan bahawa bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak selamat tiba di Tokyo, hadiri Persidangan Hidrogen Dunia Asia
Next: Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100, doakan kesejahteraan Dr Mahathir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.