Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Akademi Kenegaraan Malaysia dicadang masukkan elemen penerangan MA63 dalam modul latihan
  • SEMASA

Akademi Kenegaraan Malaysia dicadang masukkan elemen penerangan MA63 dalam modul latihan

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud beramah mesra dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah selepas menyampaikan amanat hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dicadang memasukkan elemen penerangan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam modul latihannya bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap semangat persekutuan yang menjadi asas pembentukan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata AKM memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan negara sentiasa terpelihara meskipun masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan AKM selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Surat Pelantikan Felo Kenegaraan semalam bersempena Mesyuarat Penyelarasan Program Felo Kenegaraan AKM 2026.

Menurut kenyataan itu penubuhan Felo Kenegaraan AKM yang diterajui oleh Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman menghimpunkan individu yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang, khususnya berkaitan dengan aspek kenegaraan.

“Mereka berperanan sebagai pakar rujuk kepada AKM dalam pembangunan modul dan kurikulum latihan, penerbitan buku serta pelaksanaan pelbagai inisiatif keilmuan yang lain,” menurut kenyataan itu.   

Menerusi pertemuan tersebut, para Felo Kenegaraan AKM turut berkongsi pandangan, idea serta hala tuju strategik bagi memastikan pelaksanaan program AKM kekal relevan dan berimpak tinggi selaras dengan perubahan semasa.

Menurut kenyataan itu, perkongsian tersebut juga menekankan kepentingan pelaksanaan program secara menyeluruh berpandukan kerangka Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh pembangunan negara serta kesejahteraan masyarakat.

AKM, agensi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyelaras latihan kenegaraan serta kepimpinan di seluruh negara selain memperkasa usaha memupuk semangat patriotisme, disiplin dan integriti dalam kalangan rakyat melalui pendekatan latihan yang lebih tersusun, sistematik dan berfokus. 

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025
Next: Ahli Parlimen Miri salur bantuan kebajikan sempena Ramadan dan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.