Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching dapat suntikan semangat tajaan jersi
  • SUKAN

Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching dapat suntikan semangat tajaan jersi

Utusan Sarawak 17 hours ago
AWANGKU Hafizi menyerahkan tajaan kelengkapan jersi kepada pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching kepada Pengurus Pasukan, Mas Shamshuddin Mohammad, hari ini. Foto Megah Armada SB

KUCHING: Pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching telah mendapat suntikan semangat baharu bagi menghadapi Kejohanan Tertutup Bola Sepak Remaja Petronas 2025 pada 5 Julai hingga 13 September ini apabila menerima penajaan kelengkapan jersi daripada Megah Armada Sdn Bhd (SB), hari ini.

Majlis ringkas penyerahan jersi tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Megah Armada SB, Awangku Hafizi Awang Azahari kepada Pengurus Pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah, Mas Shamshuddin Mohammad.

Dalam ucapan, Shamshuddin melahirkan rasa gembira dan bangga dengan kesudian Megah Armada SB menjadi penaja kelengkapan jersi pada penyertaan pasukannya pada Kejohanan Tertutup Bola Sepak Remaja Petronas 2025 yang bakal berlangsung pada 5 Julai hingga 13 September tahun ini.

“Penghargaan terima kasih kepada Megah Armada SB kerana sudi kerana telah menaja jersi kepada pasukan Bawah 12 Tahun Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching.

“Ia sebagai tanda sokongan moral untuk anak-anak madrasah berjuang dalam kejohanan ini kelak. Saya lebih suka meletakkan pasukan ini sebagai sebuah pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan pasukan lain yang bertanding kerana tidak mahu meletakkan tekanan kepada pemain-pemain,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Shamshuddin berkata Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching adalah merupakan produk yang dilahir dan dicungkilkan bakatnya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Abdul Kadir Hassan Kuching (Madrasah).

“Pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching dalam fasa membuat persiapan rapi dari segi fizikal, teknikal dan mental menjelang kejohanan yang dijangka bermula pada Julai sehingga September tahun ini di bawah kendalian barisan jurulatih sekolah termasuk jurulatih tempatan.

“Saya mewakili seluruh pengurusan pasukan mengalu-alukan sokongan semua pihak dan pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching optimis akan memberikan persembahan yang kompetitif dalam kejohanan yang akan berlangsung kelak,” ujarnya. 

Sementara itu, Awangku Hafizi berkata sumbangan tersebut adalah merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat mereka.

“Pihak kami dengan penuh rasa ikhlas menyampaikan sumbangan kelengkapan jersi ini untuk Pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching. Semoga pasukan ini nanti beroleh kejayaan pada Kejohanan Tertutup Bola Sepak Remaja Petronas 2025 yang menyingkap tirainya pada Julai nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, pasukan Akademi Bola Sepak Madrasah Kuching dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Mohd Aidil Qasmirul sambil dibantu oleh Hafizal Marzuki sebagai Penolong Jurulatih dan Awang Mohd Tarmizi Awang Mahdini sebagai jurulatih penjaga gol, sementara Fakrur Razi sebagai penolong pengurus pasukan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Festival E-Sukan Sibu 2025 tarik 2,000 peserta, pacu sukan digital
Next: Karnival Sukan MySED 2025 eratkan ukhuwah, semarak budaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.