Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AJK baharu dilantik, warga emas dihargai sempena Perayaan Kuih Bulan
  • Tengah
  • WILAYAH

AJK baharu dilantik, warga emas dihargai sempena Perayaan Kuih Bulan

Utusan Sarawak 3 days ago
HARGAI WARGA EMAS… Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan angpau kepada warga emas sebagai tanda menghargai jasa warga emas. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Sambutan Perayaan Kuih Bulan Persatuan Klan Pan Chen Lau Cawangan Sarikei diserikan dengan pelantikan jawatankuasa baharu, penghargaan kepada warga emas dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang.

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Dalam ucapannya, Tiong Sii mengucapkan tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa baharu tersebut, di samping menzahirkan penghargaan kepada golongan warga emas yang disifatkan sebagai tonggak kejayaan dan kekuatan komuniti.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan ahli jawatankuasa baharu Persatuan Klan Pan Chen Lau Cawangan Sarikei. 

“Penghargaan juga kepada warga emas yang telah banyak berkorban dan berjasa membangunkan keluarga dan komuniti kita.

“Saya turut merakamkan tahniah kepada para pelajar yang menerima anugerah cemerlang…semoga mereka terus berusaha dan memberi sumbangan kepada masyarakat pada masa depan,” katanya ketija berucap di majlis tersebut, bertempat di Dewan Sentral Sarikei, baru-baru ini. 

Beliau turut menghargai sokongan ahli-ahli persatuan tersebut yang sentiasa memberi sokongan kepadanya dalam memperjuangkan pembangunan kawasan Sarikei dan Meradong.

“Sejak saya menceburi bidang politik, prinsip utama saya adalah berkhidmat kepada rakyat Sarikei dan Meradong tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. 

“Pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan, termasuk menaik taraf kemudahan sekolah, membaik pulih infrastruktur asas di bandar, luar bandar dan rumah panjang,” katanya. 

Tiong Sii turut menekankan bahawa kejayaan membangunkan kawasan ini tidak akan tercapai tanpa semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum yang saling menyokong antara satu sama lain.

“Dengan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum, saya yakin Sarikei dan Meradong akan terus membangun serta menjadi lebih makmur dan sejahtera,” katanya lagi. 

Pada majlis yang sama, beliau turut menyumbangkan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Klan Pan Chen Lau Cawangan Sarikei bagi melaksanakan program dan aktiviti tahunan persatuan.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warisan budaya dan perpaduan terserlah dalam Perayaan Kuih Bulan
Next: APM Sarikei tingkatkan kesiapsiagaan lakukan pemantauan awal kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.