Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ajaran sesat berasal dari negeri jiran
  • NASIONAL

Ajaran sesat berasal dari negeri jiran

Utusan Sarawak 3 years ago

IPOH, 13 Feb -- Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (kanan) dan Presiden Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar, Datuk Sallehuddin Saidin (kiri) menyertai Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Presiden Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar, Datuk Sallehuddin Saidin menyertai Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar semalam. • Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti berlaku di Perak, disyaki berasal dari negeri jiran dan bertapak di Daerah Muallim, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

“Ada satu kumpulan yang kita kenal pasti di (daerah) Muallim, kumpulan ini sebenarnya bergerak dari negeri jiran kemudian mereka membuat penempatan di Muallim,” katanya tanpa mendedahkan nama negeri jiran tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dengan Old Cliffordian Association (OCA) di Dataran Pavillion di sini semalam.

Mior Faridalathrash bagaimanapun berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan itu kerana siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Khamis lepas, polis mengesan kegiatan ajaran sesat di Perak berdasarkan video yang tular sebelum ini namun tidak mendedahkannya secara terperinci kerana masih dalam siasatan.

Pada Januari lepas, seorang lelaki memuat naik video secara penstriman langsung menerusi laman Facebook miliknya mendakwa kononnya berlaku perhimpunan ulama serta kemunculan Imam Mahdi di Sabah serta menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Kuala Kangsar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isu pembukaan sempadan dibincangkan di Kabinet
Next: Penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.