Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Aisyah Retno, Mila Mohsin ada kekuatan tersendiri hidupkan watak Puteri Gunung Ledang – Tiara Jacquelina
  • HIBURAN

Aisyah Retno, Mila Mohsin ada kekuatan tersendiri hidupkan watak Puteri Gunung Ledang – Tiara Jacquelina

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGARAH dan Penerbit Teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) Puan Sri Tiara Jacquelina bergambar ketika ditemui di dalam sebuah realiti televisyen di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini. Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Mencipta fenomena dalam dunia teater tempatan lebih 15 tahun lalu,  Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) bakal kembali ke pentas, dan kali ini dengan wajah baharu – Aisha Retno dan Mila Mohsin – untuk menghidupkan watak ikonik Puteri Gunung Ledang. 

Puan Sri Tiara Jacquelina selaku penerbit dan pengarah teater PGLTM, berkata pemilihan kedua-dua pelakon itu dibuat selepas proses penilaian teliti, dengan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghidupkan watak legenda itu.

Katanya Aisha Retno, atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, menonjol menerusi kekuatan vokal serta keupayaan menzahirkan emosi secara semula jadi di atas pentas.

“Dia memang pandai nyanyi, bila dia buka mulut sahaja, cukup memukau. Aisha (mempunyai) emosi yang sangat raw. (Walaupun) dia bukan seorang pelakon tapi bila saya bagi arahan sahaja, dia sangat ‘memberi’.

“Malah, kami terpaksa minta Aisha bertenang sedikit untuk kita simpan (emosi) yang ditampilkan itu dalam pementasan teater nanti. Aisha juga menunjukkan kesungguhan tinggi sepanjang latihan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada masa sama, Tiara turut memuji disiplin kerja Mila, atau nama sebenarnya Hani karmila Hani Mohsin, yang disifatkan seorang yang rajin, berusaha dan matang dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan.

“Orang tak nampak tapi dia sangat hardworking. Walaupun masih muda, dia sangat matang dalam fikiran dan kerja, selain dia membesar dengan watak ini,” katanya, menambah setiap pelakon terlibat perlu menjalani latihan intensif selama enam bulan bagi memahami pemikiran, emosi dan latar budaya watak sebelum pementasan berlangsung.

Selain Aisha dan Mila, PGLTM turut menampilkan Aqasha sebagai Hang Tuah, Yusof Hashim selaku Gusti Adipati dan Lokman Hafiz sebagai Sultan Mahmud Shah, manakala watak Bayan dijayakan oleh Nadia Aqilah serta Mimi Fly.

Tiara yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asia-Pacific Film Festival 2005 juga berkata walaupun PGLTM mengekalkan jalan cerita dan lagu ikonik terdahulu, pementasan kali ini akan diperkukuh dengan susunan muzik baharu serta pendekatan penceritaan yang lebih mendalam.

“Pengalaman kali ini lebih imersif, itu yang boleh saya katakan. Kita juga akan beri perhatian kepada aspek budaya Jawa secara khusus, dengan penerokaan lebih mendalam agar pementasan tampil lebih autentik dan berjiwa, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata untuk itu, semua yang terlibat termasuk barisan sokongan turut mengikuti bengkel khas kendalian tenaga pengajar daripada Keraton Mangkunegaran bagi mendalami falsafah, adat dan tarian Jawa.

“Kali ini saya bawa orang daripada Keraton (Keraton Mangkunegaran) itu ajar 30 orang sekali. Semua belajar tentang falsafah dan tarian Jawa daripada orang yang memang kerja di Keraton Mangkunagaran di Solo, Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu, Tiara mengakui terkejut dengan sambutan luar biasa peminat selepas pengumuman barisan pelakon, apabila ramai mengikuti perkembangan pementasan itu dan menghasilkan kandungan kreatif di media sosial.

Beliau berkata keterujaan itu membuktikan Puteri Gunung Ledang masih mempunyai tempat istimewa dalam kalangan peminat lama, selain menarik minat generasi baharu yang ingin mengenali karya berkenaan.

“Sekarang ini, yang mahu menonton PGL adalah mereka yang pernah menontonnya 17 tahun lalu. Ketika itu mereka masih pelajar atau muda…kini sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Jadi, berdasarkan komen yang saya terima, mereka mahu datang menonton semula sambil membawa anak-anak,” katanya.

PGLTM akan dipentaskan di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre yang dilengkapi teknologi terkini dan berkapasiti sekitar 1,200 tempat duduk bermula 31 Oktober depan selama tiga minggu. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: STB beri amaran penipuan jualan tiket palsu RWMF
Next: Ernie Zakri pertaruh sisi misteri menerusi ‘Tak Berlagu’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.