Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aishah dan Putri Ika dinobat Juara Ratu Kebaya Cilik Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Aishah dan Putri Ika dinobat Juara Ratu Kebaya Cilik Sarawak 2025

Utusan Sarawak 4 hours ago
 JUARA dan Kebaya Terbaik, Ratu Kebaya Cilik Sarawak Vol 1 Edisi 2025 bagi Kategori A, Aishah Nuha Zahira (9 tahun).

KUCHING: Aishah Nuha Zahira, 9, dan Putri Ika Arissa, 11, masing-masing muncul juara Ratu Kebaya Cilik Sarawak Vol 1 Edisi 2025 bagi kategori A dan B dalam pertandingan berprestij yang berlangsung penuh gemilang di Plaza Merdeka, hari ini.

Kedua peserta cilik ini bukan sahaja menonjol dari segi keanggunan dan keyakinan, malah memikat perhatian barisan juri dengan penampilan kebaya yang menyerlahkan nilai estetika budaya serumpun.

Aishah turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Kebaya Terbaik bagi kategorinya, manakala Putri Ika mencuri tumpuan dengan pembawaan penuh yakin di pentas peragaan.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan ini menjadi medan penting dalam meraikan keindahan warisan fesyen kebaya sambil memberi ruang kepada generasi muda untuk memahami dan menghargai nilai budaya tempatan serta nusantara.

Penaung program, Awang Amirul Hafizan dari AI DOT COM Management, berkata acara tersebut bukan sekadar pertandingan kecantikan kanak-kanak tetapi platform memperkasakan penggiat fesyen tempatan serta mempersembahkan karya mereka di pentas yang lebih luas.

“Latar belakang program ini adalah untuk memberi laluan dan penghargaan kepada para pereka di Sarawak khasnya, supaya dapat mengetengahkan hasil karya agung mereka.

“Kami turut membuka ruang kepada rekaan yang menggabungkan unsur Malaysia dan Indonesia bagi menyerlahkan kemewahan serta keunikan kebaya sebagai simbol budaya serumpun,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu.

AWANG Amirul Hafizan dari AI Dot Com Management, selaku penaung program memberi ucapan aluan pada program Ratu Kebaya Cilik Sarawak Vol 1 Edisi 2025.

Menurutnya, tema ‘Pertempuran Warisan dan Moden’ dipilih untuk memberi nafas baharu kepada rekaan tradisional agar terus relevan dan digemari generasi masa kini.

Beliau berharap program ini mampu memupuk minat anak-anak untuk menyanjungi warisan nenek moyang yang penuh nilai seni dan sejarah.

“Pentas ini juga terbuka kepada para penggiat fesyen dan seni sulaman untuk menonjolkan keberanian mereka dalam melestarikan budaya nusantara secara kreatif dan berani,” tambahnya.

Amirul turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya pasukan kerja AI DOT COM yang sanggup mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tempoh penganjuran.

“Saya amat hargai kesungguhan pasukan yang bekerja keras demi menjayakan acara ini. Alhamdulillah, hasil kerjasama dan semangat berpasukan membuahkan kejayaan.

“Saya juga mengalu-alukan penyertaan Fly-Fly Management ke dalam keluarga kami. Semoga jalinan kerjasama ini berkekalan dan terus berkembang,” ujar Amirul.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Plaza Merdeka Shopping Centre yang menyediakan fasiliti bagi penganjuran pertandingan ini serta membuka peluang untuk kerjasama lanjutan sempena sambutan Hari Kemerdekaan akan datang.

Majlis turut disokong oleh para penaja seperti Raz Couture, Austin Car Accessories, Zeed Zeeda Management, Her Artistry Project Studio by MarieAnn, Bryani Resources Sdn Bhd, Mas Collections serta jurugambar rasmi dari Behind The Scene V.

Selain Aishah dan Putri Ika yang merangkul gelaran juara, tempat kedua bagi Kategori A disandang oleh Liezel Joso, 8, diikuti Leya Aldabella, 6, di tempat ketiga.

Bagi Kategori B, Nur Amydhiya, 13, muncul naib juara dan turut menerima anugerah Kebaya Terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mia Arisya, 14.

Barisan juri pertandingan terdiri daripada Juliet Malek selaku Ketua Juri (Mrs Kebaya Malaysia Sarawak), Annie Magdalene, Azida Mohamad dari Zeed Zeeda Management dan Shafina mewakili pihak pengurusan Plaza Merdeka.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Karnival MYFutureJobs Sibu tawar lebih 500 peluang pekerjaan, fokus kebolehpasaran graduan
Next: Bengkel Teater Kanak-Kanak gilap bakat muda di Studio Sang Rawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.