Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AIROD perkukuh peranan hab MRO ketenteraan, meterai MoU dengan Airbus
  • NASIONAL

AIROD perkukuh peranan hab MRO ketenteraan, meterai MoU dengan Airbus

Utusan Sarawak 3 hours ago
PESAWAT pengangkut tentera Airbus A400M.

KUALA LUMPUR: Airod Sdn Bhd (AIROD) terus memperkukuh kedudukannya sebagai hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) ketenteraan negara menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Airbus.

Menurut kenyataan AIROD, kerjasama itu dimeterai sempena Defence Services Asia (DSA) 2026 yang berlangsung di MITEC, sekali gus menyokong keperluan penyelenggaraan armada pesawat Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Di bawah MoU ini, AIROD akan menyediakan perkhidmatan MRO komprehensif bagi empat pesawat A400M yang dikendalikan TUDM,” katanya dalam satu kenyataan dikuarkan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelantikan tersebut mengukuhkan lagi keupayaan aeroangkasa berdaulat negara di samping memposisikan AIROD sebagai hab MRO serantau yang utama.

Presiden Kumpulan NADI, Edron Hayata Ahmad berkata, kerjasama berkenaan merupakan satu pencapaian penting bagi syarikat serta industri aeroangkasa negara.

MAJLIS pemeteraian MoU antara Airod Sdn Bhd dan Airbus sempena Defence Services Asia (DSA) 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.

“Pengalaman luas kami dengan platform legasi seperti C-130, digabungkan dengan kemudahan moden dan tenaga kerja mahir, mengukuhkan kepakaran kami untuk menyokong pesawat generasi baharu seperti A400M,” jelasnya.

AIROD mempunyai lebih empat dekad pengalaman dalam penyelenggaraan pesawat tentera, termasuk sebagai penyedia MRO utama bagi pesawat Lockheed C-130 Hercules serta pusat penyelenggaraan diiktiraf oleh Lockheed Martin selama lebih 45 tahun.

Terletak strategik di Asia Tenggara, AIROD turut mengendalikan kemudahan lengkap termasuk sel ujian enjin dan kipas khusus, membolehkan perkhidmatan penyelenggaraan dilaksanakan secara cekap serta kos efektif.

Kerjasama tersebut dijangka meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi, mempercepat tempoh pelaksanaan penyelenggaraan serta menyumbang kepada kelestarian jangka panjang armada pengangkutan TUDM, selari dengan aspirasi negara membangunkan ekosistem aeroangkasa yang kukuh dan mampan.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kementerian Komunikasi akan bawa cadangan salur bantuan tambahan kepada penganjur acara – Fahmi
Next: Asbab jaga ibu, wanita OKU penglihatan terpilih tunai haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.