Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AIROD dan Lockheed Martin rai 40 tahun kerjasama strategik C-130 Hercules
  • SEMASA

AIROD dan Lockheed Martin rai 40 tahun kerjasama strategik C-130 Hercules

Utusan Sarawak 3 hours ago
AIROD Sdn Bhd mengadakan Majlis Penghargaan Dua Hala bersama Lockheed Martin Corporation di fasiliti syarikat itu di Subang bagi meraikan 40 tahun kerjasama strategik dalam bidang penyelenggaraan pesawat C-130 Hercules.

SUBANG: AIROD Sdn Bhd mengadakan Majlis Penghargaan Dua Hala bersama Lockheed Martin Corporation di fasiliti syarikat itu di Subang bagi meraikan 40 tahun kerjasama strategik dalam bidang penyelenggaraan pesawat C-130 Hercules.

Majlis ini turut memperkukuh komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan kesiapsiagaan operasi, kebolehpercayaan serta sokongan jangka panjang kepada armada global C-130 Hercules termasuk yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 1976, AIROD berperanan sebagai fasiliti penyelenggaraan peringkat depot pertama di Malaysia khusus bagi menyokong pesawat C-130 Hercules TUDM serta pesawat lain. Sepanjang operasinya, syarikat itu melaksanakan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi lebih 150 pesawat C-130 milik TUDM, sekali gus menyumbang kepada kesiapsiagaan aset udara strategik negara.

AIROD turut dikorporatkan pada 1984 melalui usaha sama antara National Aerospace and Defence Industries dan Lockheed Aircraft Systems International, sebelum diiktiraf sebagai Lockheed Martin Authorised Hercules Service Centre (HSC) pada 1986 dan menjadi syarikat milik penuh Malaysia pada 1995.

Kini, AIROD merupakan antara pusat HSC yang mempunyai pensijilan meluas dengan keupayaan merangkumi penyelenggaraan depot C-130, baik pulih struktur, pengubahsuaian serta naik taraf termasuk penukaran konfigurasi pesawat pengisian minyak udara-ke-udara. Syarikat itu turut menyediakan sokongan kepada pelanggan ketenteraan dan komersial di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutif AIROD, Mejar Jeneral Dato Ir. Ibrahim bin Bahari menegaskan bahawa kerjasama bersama Lockheed Martin menjadi asas penting kepada kekuatan syarikat dalam industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasa.

Beliau berkata kerjasama tersebut telah memperkukuh perkongsian teknologi, kepakaran serta komitmen terhadap kecemerlangan dalam memastikan kesiapsiagaan operasi armada C-130 di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah dan Pengurus Program Antarabangsa Lockheed Martin, Mark Jarvis menyatakan bahawa hubungan empat dekad tersebut mencerminkan kepercayaan, inovasi dan kerjasama teknikal yang kukuh antara kedua-dua organisasi.

Beliau turut menegaskan komitmen syarikat untuk terus memperkukuh kerjasama serta memperkenalkan teknologi MRO generasi baharu bagi memastikan kelangsungan operasi pesawat Hercules di seluruh dunia.

Sepanjang tempoh kerjasama ini, AIROD turut meluaskan peranan di peringkat antarabangsa termasuk sokongan kepada pesawat C-130 Royal Thai Air Force pada 2011, pemulihan program C-130 Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara pada 2015 serta penyelenggaraan pesawat KC-130J milik United States Marine Corps antara 2015 hingga 2019.

Selain itu, AIROD turut melaksanakan Perkhidmatan Lapangan Global di beberapa negara termasuk Australia, Jepun, Jordan, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain negara bagi menyokong operasi pelanggan antarabangsa.

Berpangkalan di Subang, AIROD kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 76 pelanggan di 35 negara dan kekal sebagai antara penyedia MRO aeroangkasa utama di rantau ini.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hujan lebat, angin kencang di KL dan lapan negeri termasuk Sarawak hingga 6.00 petang ini – MetMalaysia
Next: Cuaca panas tidak halang jemaah Malaysia sempurnakan ibadah melontar jamrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.