Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo ubahsuai ATR-72 jadi pesawat kargo, bawa hasil tani terus ke Singapura
  • SEMASA

AirBorneo ubahsuai ATR-72 jadi pesawat kargo, bawa hasil tani terus ke Singapura

Utusan Sarawak 9 hours ago

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian Agrofest Sarawak 2025 di Bintulu hari ini.

BINTULU: Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, AirBorneo akan menukar sebuah pesawat turbo prop ATR-72 milik MASwings yang akan diambil alih tidak lama lagi untuk dijadikan pesawat kargo.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pesawat kargo ini khusus bagi menyokong peningkatan eksport hasil pertanian dan ternakan negeri ini ke Singapura.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan produk segar dari negeri ini dapat dihantar ke pasaran luar dalam tempoh yang lebih singkat.

“Apabila kita ada barangan untuk dieksport, kita boleh membawanya awal pagi dan tiba di Singapura sekitar jam 7 pagi, kemudian terus ke kedai dalam keadaan segar.

“Masa penerbangan dari Sarawak ke Singapura dengan ATR hanya kira-kira 1 jam 20 minit.

“Ini membolehkan barangan kita dihantar dengan cepat dan Singapura pula boleh menjadi pusat pengedaran produk Sarawak,” katanya pada sidang media selepas perasmian Sarawak Agrofest 2025 di sini, hari ini.

MASwings kini mengendalikan kira-kira lapan pesawat ATR-72 siri 500 buatan Perancis. Satu daripadanya dijadikan pesawat kargo.

Menurut Abang Johari, keputusan itu diambil kerana permintaan terhadap hasil pertanian dan produk makanan khas Sarawak semakin meningkat termasuk ikan tilapia, beras istimewa, kek lapis, ayam dan itik.

Beliau berkata, ketika ini, Sarawak mengeksport antara 10 hingga 12 tan ikan tilapia dan patin ke Singapura setiap tahun menggunakan penerbangan komersial, namun jumlah itu dijangka bertambah dengan ada pesawat kargo khusus.

Katanya, selain memperkukuh rantaian logistik eksport, kemudahan itu juga akan menyokong agenda Sarawak menjadi pengeksport makanan dalam jangka panjang.

“Saya lihat ada pengusaha yang menghasilkan terung asam dan memasarkannya ke Singapura serta Brunei. 

“Ini adalah contoh bagaimana produk kita berpotensi menembusi pasaran luar.

“Populasi Sarawak hanya sekitar 2.8 juta hingga 3 juta orang.

“Jadi, pertanian boleh menjadi usaha berpotensi besar untuk menghasilkan makanan bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga luar negara,” jelasnya.

Selain itu, Abang Johari menegaskan bidang ternakan perlu diberi tumpuan melalui penghasilan makanan haiwan berasaskan sisa sawit serta pembangunan bidang veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak bagi melahirkan lebih ramai doktor haiwan dan pakar.

MASwings kini mengendalikan kira-kira lapan pesawat ATR-72 siri 500 buatan Perancis. 

Satu daripada pesawat ini akan ditukar fungsinya kepada kargo selepas AirBorneo memulakan penerbangannya, Januari depan.

Kerajaan Sarawak pada 12 Februari lalu telah memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.

Pengambil alihan syarikat itu adalah usaha memperkukuh rangkaian penerbangan serantau dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Sebelum ini, Premier Sarawak menegaskan bahawa tiket penerbangan AirBorneo, tidak akan terlalu mahal.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: KDN siasat Sarawak Tribune berhubung penerbitan artikel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.