Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirBorneo tawar diskaun tambang 20 peratus sempena Aidilfitri
  • TEMPATAN

AirBorneo tawar diskaun tambang 20 peratus sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto AirBorneo

KUCHING: AirBorneo menawarkan diskaun 20 peratus daripada tambang biasanya sempena Aidilfitri untuk memudahkan perjalanan pulang keluarga dan komuniti di seluruh Borneo bagi menyambut perayaan itu.

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik kerajaan Sarawak itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran tambang istimewa itu adalah bagi tempahan yang dibuat dari tempoh 5 hingga 10 Mac, untuk perjalanan antara 14 dan 31 Mac, bagi membolehkan lebih ramai penumpang pulang ke rumah dan meraikan  Aidilfitri bersama orang tersayang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen syarikat penerbangan berkenaan untuk menyokong komuniti di seluruh Borneo, terutamanya semasa musim perayaan penting.

“Hari Raya merupakan masa untuk keluarga berkumpul dan menjalin silaturrahim. Bagi kebanyakan komuniti di seluruh Borneo, perjalanan udara kekal sebagai penghubung penting yang membawa orang tersayang pulang ke rumah semasa musim perayaan.

“Di AirBorneo, kami komited untuk memastikan perjalanan yang mudah pada harga berpatutan, terutamanya bagi mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan luar bandar yang bergantung kepada sambungan udara,” katanya.

Pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman web syarikat penerbangan itu, pusat panggilan atau kaunter tiket di lokasi lapangan terbang dengan terma dan syarat dikenakan.

AirBorneo kini menawarkan perkhidmatan penerbangan ke 21 destinasi di seluruh Sarawak dan Sabah, termasuk laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang menghubungkan komuniti terpencil yang bergantung kepada perjalanan udara sebagai pengangkutan utama. – Bernama

Continue Reading

Previous: SKAS disalurkan mulai 10 Mac, bantuan dinantikan rakyat Sarawak
Next: Kenyataan Zaid Ibrahim disifatkan cuba raih perhatian politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.