Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo: Putrajaya teruskan subsidi perkhidmatan udara luar bandar Sarawak, Sabah – Loke
  • SEMASA

AirBorneo: Putrajaya teruskan subsidi perkhidmatan udara luar bandar Sarawak, Sabah – Loke

Utusan Sarawak 3 months ago

Anthony Loke (kiri) bersama Abang Johari semasa sidang media, di Kuching hari ini. Foto UKAS 

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan subsidi bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak dan Sabah, susulan pengambilalihan operator perkhidmatan itu, MASwings Sdn Bhd oleh kerajaan Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata RAS ialah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan komitmen ini diperkukuh menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 27 Oktober 2023.

“Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah menandatangani memorandum untuk menyatakan komitmen sekiranya kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings, subsidi kewangan dan komitmen kewangan setiap tahun untuk perkhidmatan luar bandar akan diteruskan kepada syarikat penerbangan baharu,” katanya.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings antara kerajaan Sarawak dengan Malaysia Aviation Group (MAG) di sini hari ini, Loke berkata Kerajaan Pusat memperuntukkan RM209 juta bagi RAS di Sarawak dan Sabah tahun ini.

“Saya yakin pemilik baharu, kerajaan Sarawak, pasti akan menambah baik perkhidmatan RAS dan menyediakan hubungan udara yang lebih baik kepada penduduk luar bandar di Sarawak dan Sabah,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Isu gas Petronas-Petros: Kekeliruan timbul akibat maklumat kurang tepat
Next: Pendapatan RM14.2 bilion tahun lepas, pertumbuhan ekonomi Sarawak memberangsangkan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.