Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo: Pintu masih terbuka jika Sabah mahu beli ekuiti – Abang Johari
  • SEMASA

AirBorneo: Pintu masih terbuka jika Sabah mahu beli ekuiti – Abang Johari

Utusan Sarawak 12 hours ago

Abang Johari ketika ditemui pemberita. Foto UKAS

KUCHING: Pintu masih terbuka sekiranya kerajaan negeri Sabah mahu membeli ekuiti dalam syarikat penerbangan AirBorneo, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata pada mulanya Sabah berminat tetapi setelah kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings, kini dinamakan sebagai AirBorneo, Sabah meminta ditangguhkan dahulu hasrat itu.

“Pada mulanya memang ada rancangan untuk Sabah dan Sarawak turut serta dalam penyertaan ekuiti AirBorneo. 

“Tetapi ketika kita mengambil alih, kerajaan Sabah kata tunggu dulu. 

“Pintu masih terbuka sekiranya mereka mahu mengambil ekuiti dalam AirBorneo. 

“Kalau esok mereka mahu sertai, mengapa tidak,” katanya selepas majlis perasmian Cawangan Affin Bank Hikmah Exchange dan Pejabat Wilayah serta Korporat Affin di sini hari ini.

Abang Johari berkata selepas pengumuman mengenai AirBorneo dilakukan, terdapat pelbagai pandangan daripada rakyat Sabah seperti ada yang mahu Sarawak menumpukan kepada urusan sendiri, namun tidak kurang juga yang mahu Sabah turut serta.

Katanya terpulang kepada kerajaan Sabah jika ia mahu bersama Sarawak memegang ekuiti dalam AirBorneo.

“Kalau dia tak nak, kita jalan terus. Tapi kalau Sabah nak bersama, kita ajak. Semangat kita memang nak bekerjasama.

“Sabah masih belum memberi sebarang respons rasmi dan cadangan penyertaan bersama itu sebelum ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang mencadangkan kerjasama antara Sabah dan Sarawak.

“Namun pada masa sama perkara seperti ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, Abang Johari memaklumkan Sarawak telah mempelawa Sabah untuk bekerjasama dalam syarikat penerbangan baharu milik negeri ini, AirBorneo.

Katanya, kerajaan Sarawak sudah melabur modal untuk menubuhkan syarikat penerbangan tersebut dan mengalu-alukan Sabah sebagai rakan strategik.

Jelasnya lagi, Sarawak terbuka untuk berkongsi usaha itu dengan Sabah selaras dengan nama syarikat penerbangan tersebut iaitu AirBorneo.

Kerajaan Sarawak pada 12 Februari lalu telah memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus memuktamadkan pengambilalihan MASwings yang kini dinamakan sebagai AirBorneo.

Pengambil alihan syarikat itu adalah usaha memperkukuh rangkaian penerbangan serantau dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Public deserves clarity, not confusion – Wong King Yii
Next: Kuching tonjol perjalanan gastronomi di sesi Bandar Kreatif UNESCO Wuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.