Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo nafi kadar tambang naik
  • SEMASA

AirBorneo nafi kadar tambang naik

Utusan Sarawak 10 hours ago
Foto kredit Web AirBorneo.

KUCHING: AirBorneo mengesahkan bahawa tiada sebarang kenaikan tambang penerbangan bagi semua laluan yang dikendalikannya berbanding kadar yang sebelum ini ditawarkan oleh MASwings, selaras dengan pelaksanaan Program Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services – RAS).

Dalam satu kenyataan media hari ini, AirBorneo menegaskan struktur tambang sedia ada dikekalkan bagi memastikan keseimbangan antara kebolehcapaian rakyat, khususnya di Sarawak, Sabah dan Labuan, serta kelestarian operasi syarikat penerbangan di bawah perjanjian obligasi perkhidmatan awam dengan Kerajaan Persekutuan.

“Tiada peningkatan tambang dikenakan ke atas mana-mana laluan AirBorneo berbanding kadar MASwings. 

“Rasional utama perjanjian RAS adalah untuk mengekalkan tambang pada harga yang munasabah sambil memastikan operasi penerbangan dapat diteruskan secara mampan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. 

AirBorneo turut memaklumkan bahawa semua laluan yang dikendalikan pada peringkat awal operasi merupakan laluan di bawah rangkaian RAS, sama seperti yang sebelum ini dioperasikan oleh MASwings, melibatkan destinasi dalam Sarawak, Sabah dan Labuan.

Pelancaran laman web tempahan AirBorneo pada 10 Disember 2025 membolehkan orang ramai membuat tempahan tiket bermula 14 Januari 2026, selari dengan pengambilalihan operasi dan perundangan MASwings oleh AirBorneo Holdings Sdn Bhd yang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menurut AirBorneo, pihaknya akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan struktur tambang terbaik untuk rakyat Malaysia Timur, dan sebarang pelarasan hanya akan dibuat selepas persetujuan bersama dicapai melalui perjanjian RAS yang baharu.

Bagi laluan bukan RAS yang akan diperkenalkan pada masa hadapan, AirBorneo sedang membangunkan strategi harga mampu milik yang mengambil kira kos operasi, di samping memastikan nilai terbaik dari segi kesalinghubungan, kebolehpercayaan dan ketepatan masa penerbangan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi AirBorneo serta bahagian Soalan Lazim (FAQ), atau menghubungi pusat khidmat pelanggan di 1-300-22-1388 bagi panggilan tempatan dan 082-537 555 bagi panggilan antarabangsa.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Terenganu meningkat, Sarawak menurun
Next: HUS raih Anugerah Poster Keseluruhan Terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.