Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirAsia terima pesawat A321neo, A321LR separuh kedua 2026 perluas penerbangan jarak sederhana
  • SEMASA

AirAsia terima pesawat A321neo, A321LR separuh kedua 2026 perluas penerbangan jarak sederhana

Utusan Sarawak 16 hours ago
PENERBANGAN… AirAsia X akan menerima penghantaran pesawat Airbus A321neo dan A321LR, membolehkannya melakukan penerbangan yang mengambil masa antara lima dan tujuh jam.

TASHKENT: AirAsia X Bhd merancang untuk mengembangkan armada dengan membeli pesawat yang lebih kecil termasuk pilihan enjin baharu (NEO) dan model jarak jauh (LR) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran penerbangan jarak sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu dijangka menerima pesawat baharu itu pada separuh kedua 2026.

Beliau berkata AirAsia X akan menerima penghantaran pesawat Airbus A321neo dan A321LR, membolehkannya melakukan penerbangan yang mengambil masa antara lima dan tujuh jam.

“Sebagai contoh, kami sedang menilai beberapa destinasi berpotensi seperti Busan di Korea Selatan, Adelaide dan Darwin di Australia serta bandar-bandar kecil di China,” katanya semasa lawatan suai kenal bersama media dalam penerbangan sulung syarikat penerbangan itu ke Tashkent, Uzbekistan.

Syarikat penerbangan tempatan itu melancarkan penerbangan pertamanya ke Tashkent pada 15 Oktober, 2025, menawarkan tiga perkhidmatan mingguan antara Malaysia dan ibu negara Uzbekistan.

Tashkent menandakan destinasi kedua AirAsia X di Asia Tengah selepas Almaty, Kazakhstan yang dilancarkan pada 14 Mac, 2024.

Benyamin berkata syarikat penerbangan itu juga memberi tumpuan kepada meningkatkan kekerapan penerbangan merentasi destinasi sedia ada, memandangkan prestasi keseluruhan adalah menggalakkan.

“Di Australia, sebagai contoh, kami sedang berusaha ke arah menawarkan jadual lebih konsisten, manakala permintaan di China telah meningkat, justeru kami menambah semula kapasiti di sana, selain itu permintaan untuk penerbangan ke Jepun dan Korea Selatan juga kekal kukuh.

Beliau berkata keputusan bulanan dan suku tahunan syarikat penerbangan itu telah menunjukkan faktor muatan yang positif dengan purata 84 peratus.

Benyamin menyifatkan angka itu sebagai peningkatan ketara berbanding paras direkodkan semasa tempoh pandemik COVID-19.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak, Korea Selatan jalin kerjasama strategik pacu cip AI generasi seterusnya
Next: Pengalaman pertama sambut Deepavali, warnai kehidupan pasangan di Sarawak  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.