Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AirAsia tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfiriti – Loke
  • BISNES

AirAsia tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfiriti – Loke

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke (lima,kiri) bergambar pada majlis Pengumuman Harga Tetap Penerbangan AirAsia sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri di AirAsia RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah (enam,kiri) Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan (tiga,kiri) Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra (empat,kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Korporat) AirAsia Aviation Group Limited Ahmad Al Farouk Ahmad Kamal (empat,kiri). Foto BERNAMA

SEPANG: AirAsia menawarkan tiket penerbangan tambang tetap pada kadar RM328 ke Sarawak dan RM398 ke Sabah dari Kuala Lumpur, masing-masing bagi laluan sehala, sempena perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfiriti.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ketika mengumumkan perkara itu, berkata inisiatif berkenaan bertujuan memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan tambang mampu milik semasa musim perayaan sekali gus menjadikan perjalanan udara lebih mudah diakses oleh ramai orang.

“Saya gembira melihat peranan berterusan AirAsia dalam menyokong usaha kerajaan menguruskan permintaan perjalanan semasa musim perayaan melalui  inisiatif seperti tambang tetap yang memberikan keyakinan kepada lebih ramai pengembara ketika merancang perjalanan pulang mereka terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Sabah serta Sarawak.

“Tambang tetap ini bertujuan memberi kepastian kepada rakyat Malaysia ketika merancang perjalanan sempena perayaan dan menyokong penyatuan keluarga sempena sambutan hari yang amat bermakna,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Tambang Tetap AirAsia di sini hari ini.

Sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, inisiatif tambang tetap itu akan menawarkan sebanyak 1,578 penerbangan secara keseluruhan dengan lebih 31,000 tempat duduk.

Tempahan tiket bagi sambutan Tahun Baharu Cina dibuka mulai hari ini hingga 24 Februari untuk perjalanan antara 13 hingga 24 Februari 2026 manakala tempahan bagi Aidilfitri dibuka mulai hari ini hingga 26 Mac bagi perjalanan antara 18 hingga 26 Mac depan.

Loke juga berkata kerajaan kekal komited untuk menyokong pelajar melalui program baucar FLYSiswa bernilai RM400, yang akan diteruskan tahun ini bagi membantu meringankan kos perjalanan mereka yang berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur.

“Inisiatif FLYSiswa untuk tahun ini akan dilaksanakan pada minggu hadapan,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memaklumkan akan menganjurkan Karnival FLYSiswa 2026 pada 13 Januari ini di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Menurut MOT, pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM400 dalam bentuk kredit simpanan untuk pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala atau dua hala dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentiment berhati-hati
Next: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaraan gaji bukan ladang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.