Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AirAsia laksana penyelenggaraan pencegahan bagi pesawat A320 mengikut arahan layak terbang
  • NASIONAL

AirAsia laksana penyelenggaraan pencegahan bagi pesawat A320 mengikut arahan layak terbang

Utusan Sarawak 1 month ago
PAPAN buletin di lobi daftar masuk All Nippon Airways (ANA) menunjukkan notis bahawa peningkatan perisian diperlukan untuk pesawat Airbus A321/A320 syarikat penerbangan itu, yang akan mengakibatkan kelewatan dan pembatalan penerbangan, di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada 29 November 2025. Beberapa syarikat penerbangan mengumumkan penerbangan tertangguh atau dibatalkan susulan amaran Airbus bahawa sehingga 6,000 pesawat keluarga A320 yang beroperasi mungkin memerlukan peningkatan. Foto AFP

KUALA LUMPUR: AirAsia Aviation Group Ltd telah mula menggunakan semula perisian versi sebelum ini yang diwajibkan ke atas pesawat Airbus A320 Family bermula hari ini, selaras dengan Arahan Layak Terbang (AD) segera yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pensijilan.

Menurut syarikat penerbangan itu, arahan berkenaan tidak memberi kesan kepada kumpulan pesawat A330 dan pihaknya mengutamakan pelaksanaan segera bagi perubahan yang diperlukan di samping menyesuaikan operasi penerbangan sekiranya perlu bagi memastikan pematuhan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk menyelesaikan proses berkenaan dalam tempoh 48 jam dan pada masa sama meminimumkan gangguan.

“Kami mengambil langkah segera untuk mematuhi AD ini dan berusaha menyelesaikan proses berkenaan dalam tempoh 48 jam akan datang sambil memastikan gangguan yang minimum kepada pelanggan.

“Kami memohon kerjasama dan timbang rasa daripada pelanggan memandangkan langkah-langkah yang diwajibkan ini penting untuk mengekalkan standard keselamatan operasi tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan media yang memetik sumber Airbus memaklumkan kira-kira 6,000 pesawat di seluruh dunia mungkin terjejas dalam industri penerbangan.

Dalam kenyataan berasingan, Airbus berkata analisis terkini terhadap satu insiden melibatkan sebuah pesawat A320 Family mendedahkan bahawa radiasi solar yang kuat mungkin menjejaskan data kritikal bagi fungsi kawalan penerbangan.

Airbus A-320 Foto fail AFP

Menurut pengeluar pesawat Eropah itu pihaknya telah mengenal pasti sejumlah besar pesawat A320 Family yang pada masa ini sedang beroperasi dan mungkin terkesan, dan telah mengambil tindakan pantas bersama-sama pihak berkuasa penerbangan global.

“Airbus telah bekerjasama secara proaktif dengan pihak berkuasa penerbangan untuk memohon tindakan berwaspada segera daripada operator melalui Penghantaran Operator Amaran (AOT) bagi melindungi perisian dan peralatan tersedia, dan memastikan kumpulan pesawat itu selamat untuk diterbangkan.

“AOT ini akan disenaraikan dalam Arahan Layak Terbang Kecemasan yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA),” katanya.

Airbus mengakui bahawa langkah ini mungkin mengakibatkan gangguan operasi kepada penumpang dan pelanggan, justeru memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.- Bernama

Continue Reading

Previous: PRN Sabah: Bot, helikopter digunakan hantar kelengkapan mengundi
Next: Nylea rangkul gelaran Dewi Remaja 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.