Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Air naik di Sibu sebab hujan, bukan kenaikan paras sungai 
  • WILAYAH

Air naik di Sibu sebab hujan, bukan kenaikan paras sungai 

Utusan Sarawak 3 months ago

Ting merakam kenangan bersama pengamal media di kediamannya Jalan Bruang sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Sibu hari ini.

SIBU: Banjir yang melanda beberapa jalan di bandar ini adalah disebabkan hujan berterusan sejak awal pagi dan bukannya kenaikan paras sungai.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting berkata, lokasi terbabit ialah Jalan Hua Kiew, Jalan Merlin dan Jalan Berlian, dinaiki air setinggi dua hingga tiga inci.

Menurutnya, aliran trafik di kawasan tersebut masih dapat bergerak dengan lancar walaupun dinaiki air.

“Saya ingin menegaskan bahawa banjir kecil ini bukan disebabkan oleh kenaikan paras sungai, tetapi lebih kepada hujan yang berterusan. Keadaan ini berlaku disebabkan aliran air hujan yang tidak dapat disalirkan dengan cepat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamannya sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Katanya, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan orang ramai.

“Setakat ini, tiada laporan mengenai banjir besar, saya mengingatkan orang ramai agar terus berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: ADUN Tanjong Batu turun bantu mangsa banjir
Next: ADUN Simunjan pantau situasi banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.