Air naik, 27 penghuni dipindahkan ke tempat selamat

Facebook
WhatsApp

BINTANGOR: Beberapa rumah di kawasan Rumah Michael, Nanga Stras di sini hampir ditenggelami air, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ia adalah akibat hujan berterusan dan air pasang di lokasi tersebut. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.01 petang tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, saya bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pasukan bomba menggunakan bot PVC untuk membantu mengambil dan memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat di kediaman yang lebih tinggi. 

“Seramai 27 orang mangsa telah berjaya dipindahkan ke lokasi selamat. 

“Kesemua mangsa di kediaman rendah dinasihatkan untuk berpindah ke lokasi yang tinggi. 

“Operasi memindahkan mangsa ke lokasi selamat selesai sepenuhnya pada 5.15 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Bomba tangkap ular sawa dalam reban ayam

BINTANGOR, 24 Oktober: Kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam di Jalan Muhibah mencetuskan kebimbangan penghuni pada malam kelmarin.

Adinda Sultan Terengganu mangkat

KUALA TERENGGANU, 24 Oktober: Adinda Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, iaitu Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan