Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Air naik, 27 penghuni dipindahkan ke tempat selamat
  • WILAYAH

Air naik, 27 penghuni dipindahkan ke tempat selamat

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTANGOR: Beberapa rumah di kawasan Rumah Michael, Nanga Stras di sini hampir ditenggelami air, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ia adalah akibat hujan berterusan dan air pasang di lokasi tersebut. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.01 petang tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, saya bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, pasukan bomba menggunakan bot PVC untuk membantu mengambil dan memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat di kediaman yang lebih tinggi. 

“Seramai 27 orang mangsa telah berjaya dipindahkan ke lokasi selamat. 

“Kesemua mangsa di kediaman rendah dinasihatkan untuk berpindah ke lokasi yang tinggi. 

“Operasi memindahkan mangsa ke lokasi selamat selesai sepenuhnya pada 5.15 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Paras air naik di beberapa kampung di Matu
Next: Dua rumah persendirian berdekatan Rumah Soon Ugap dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.