Air mulai menurun di Daerah Matu

Facebook
WhatsApp

MATU: Air yang bergenang sejak beberapa minggu lalu, mulai surut di daerah ini.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Matu dalam kenyataan di media sosial hari ini berkata paras air di hampir semua kampung menurun.

Lokasi Pemantauan:

1. Kpg Sekaan Kecil Matu – air menurun

2. Kpg Berjaya Matu – air menurun

3. Kpg Tian Matu – air menurun

4. Kpg Bawang Matu – air menurun

5. Taman Sejahtera Matu – air menurun

6. Kpg Jemoreng Matu – air menurun

7. Kpg Sekaan besar Matu – air menurun

8. Pekan Matu – air menurun

9. Kpg Bertong Matu – air menurun

10. Kpg Sok Matu – air menurun

Bagaimanapun, APM Daerah Matu mengingatkan penduduk setempat supaya sentiasa peka terhadap cuaca semasa.

Ini terutamanya bagi kawasan kampung yang kerap dilanda banjir atau kawasan rendah.