Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Air India: Kotak hitam kedua ditemukan 
  • GLOBAL

Air India: Kotak hitam kedua ditemukan 

Utusan Sarawak 15 hours ago

Pesawat Air India Boeing 787-8 Dreamliner yang terhempas di Ahmedabad, India

BANGKOK: Kotak hitam kedua daripada pesawat Air India Boeing 787-8 yang terhempas baru-baru ini ditemukan di lokasi nahas, lapor penyiar NDTV yang dipetik agensi berita Sputnik/RIA Novosti hari ini.

Maklumat yang disimpan dalam peranti itu dijangka dapat membantu siasatan bagi menentukan punca insiden yang mengorbankan 274 nyawa.

Kotak hitam pertama ditemukan di tapak nahas semalam.

Kelmarin, sebuah pesawat penumpang Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad, bandar di barat India.

Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan bahawa terdapat 242 individu di dalam pesawat berkenaan, termasuk dua juruterbang dan 10 anak kapal.

Media tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas bumbung asrama pelajar perubatan.

Air India kemudian mengesahkan bahawa 241 daripada 242 orang dalam pesawat terkorban dalam tragedi itu. Menurut laporan media India, nahas turut meragut nyawa 33 individu lain termasuk 10 pelajar perubatan yang berada di dalam atau berhampiran asrama ketika kejadian. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Continue Reading

Previous: Angka korban nahas pesawat di India meningkat kepada 279 orang
Next: Tapak nuklear Fordow hanya alami kerosakan kecil, tiada kebocoran radiasi – Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.