Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Air India gantung penerbangan ke Washington, DC, mulai 1 September 
  • GLOBAL

Air India gantung penerbangan ke Washington, DC, mulai 1 September 

Utusan Sarawak 3 days ago

NEW DELHI: Syarikat penerbangan negara India, Air India, mengumumkan pada Isnin yang ia akan menggantung perkhidmatan penerbangan antara Delhi dan Washington, DC, mulai 1 September berikutan kerja pemodenan pesawat Boeing 787-8, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Air India hari ini mengumumkan penggantungan perkhidmatannya antara Delhi dan Washington, DC, berkuat kuasa 1 September 2025, disebabkan gabungan faktor operasi bagi memastikan kebolehpercayaan dan integriti rangkaian laluan Air India secara keseluruhan. Penggantungan ini didorong terutamanya oleh kekurangan sementara dalam jumlah pesawat, selepas syarikat memulakan kerja menaik taraf ke atas 26 pesawat Boeing 787-8 bulan lalu,” menurut kenyataan itu.

Program pemodenan itu akan menyebabkan beberapa pesawat Boeing tidak dapat digunakan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun 2026, menurut syarikat itu. Selain itu, penutupan ruang udara Pakistan yang masih berkuat kuasa turut menyukarkan operasi penerbangan jarak jauh, memaksa syarikat memilih laluan lebih panjang dan berdepan cabaran operasi tambahan.

Sebagai langkah susulan, Air India berkata penumpang yang membuat tempahan ke atau dari Washington, DC selepas 1 September akan dihubungi untuk membincangkan pengaturan perjalanan alternatif.

Pada 12 Jun, pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam perjalanan ke London  terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di bandar Ahmedabad, barat India. Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan terdapat 242 orang dalam pesawat itu. Hanya seorang penumpang yang terselamat. Media tempatan melaporkan pesawat itu terhempas atas asrama pelajar perubatan dan mengorbankan 275 orang.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Trump lanjutkan penangguhan tarif ke atas China 90 hari lagi
Next: Singapura naikkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.