Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AIM tangguh mesyuarat
  • TEMPATAN

AIM tangguh mesyuarat

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA… Jemat Itu Bujang (kanan), bersama dengan Menteri Kebajikan, kesejahteraan Komuniti, Wanita,Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) pada sidang media selepas mesyuarat bersama Amanah Ikhtiar Malaysia di bangunan Baitulmakmur, Kuching, semalam.

KUCHING: Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Sarawak Selatan memaklumkan penangguhan Mesyuarat Pusat (MP) AIM di kawasan-kawasan yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Penolong Pengurus Wilayah AIM Wilayah Sarawak Selatan Jemat Itu Bujang berkata, bayaran pinjaman itu ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tersebut ditarik balik.

“Hanya kutipan bayaran balik melalui kaedah e-pay ( CMCCS) sahaja yang dibenarkan dan tarikh berkuatkuasa ialah mulai 20 Januari 2021 lepas.

“Penangguhan Mesyuarat Pusat (MP) AIM dan kutipan bayaran balik ini adalah melibatkan seramai 44,946 sahabat atau peserta AIM di Negeri Sarawak,” katanya, pada sidang media di sini, semalam.

Ujarnya, pada tahun lepas di Sarawak jumlah keahlian peserta AIM adalah sebanyak 44,946.

“Dari Negeri Sarawak kadar bayaran balik adalah 99 peratus dan hanya 0.28 peratus yang terjejas untuk bayar balik pinjam mereka.

“Untuk keseluhan bagi Negeri Sarawak, kadar bayaran balik adalah sangat memberangsangkan di kalangan peserta kita,” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Ambil langkah drastik tangani penularan wabak
Next: Kekangan anggota sukarkan polis kesan kes lolos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.