Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AIIB sokong hasrat Sarawak bangunkan infrastruktur masa hadapan, tenaga bersih
  • SEMASA

AIIB sokong hasrat Sarawak bangunkan infrastruktur masa hadapan, tenaga bersih

Utusan Sarawak 4 hours ago
KUNJUNGAN… Wakil AIIB, Kim See Lim merakamkan gambar kenangan selepas sidang media mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) menyatakan kesediaannya untuk meneroka kerjasama strategik bersama kerajaan Sarawak bagi menyokong agenda pembangunan negeri yang berteraskan infrastruktur masa hadapan dan teknologi tenaga bersih, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan Sarawak.

Wakil AIIB, Kim See Lim berkata, lawatan ke Sarawak ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan rasmi AIIB ke Malaysia yang bertujuan mendengar secara langsung aspirasi serta matlamat pembangunan negara, di samping mengenal pasti potensi kerjasama yang sejajar dengan mandat institusi kewangan antarabangsa tersebut.

“Kami berbesar hati berada di Sarawak dan lawatan ini bertujuan untuk memahami aspirasi pembangunan Malaysia serta meneroka bagaimana AIIB boleh bekerjasama bagi menyokong agenda tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

KUNJUNGAN… Kunjungan hormat pihak Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Beliau menambah, perbincangan bersama Premier Sarawak telah mengukuhkan keyakinan AIIB terhadap hala tuju pembangunan negeri ini, khususnya komitmen Sarawak dalam melabur dalam teknologi generasi baharu yang berasaskan tenaga boleh diperbaharui.

“Hasrat Sarawak untuk melabur dalam teknologi generasi baharu, khususnya tenaga boleh diperbaharui, amat sejajar dengan mandat AIIB yang memfokuskan pembiayaan dan pelaburan infrastruktur masa hadapan,” ujarnya.

Kim See Lim turut menyatakan keterujaan AIIB terhadap potensi Sarawak sebagai rakan strategik, memandangkan kedudukan negeri ini yang strategik dalam pembangunan sektor tenaga serta agenda keterhubungan serantau di rantau ASEAN.

Beliau menegaskan bahawa AIIB bukan sahaja menekankan aspek perancangan dan visi, malah memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek yang bersifat praktikal dan berimpak tinggi.

“Kami percaya bukan sekadar visi dan perbincangan yang penting, tetapi pelaksanaan projek serta merealisasikannya ke peringkat yang nyata,” jelasnya.

Antara bidang kerjasama yang dibincangkan merangkumi inisiatif peralihan tenaga generasi baharu seperti pembangunan hidrogen, pemerangkapan dan pengurusan karbon, pembangunan bahan api generasi baharu untuk sektor penerbangan, pengangkutan dan pelabuhan, serta agenda keterhubungan serantau yang melibatkan jaringan tenaga dan pengangkutan.

“Kesemua inisiatif ini bertujuan menjadikan Sarawak lebih berdaya tahan dan mampan, selain mengukuhkan kedudukannya dalam agenda keterhubungan ASEAN,” katanya.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kunjungan hormat MCMC kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, perkukuh kerjasama strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.