Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • AIFFA 2025: ‘Tenement’ ungguli Anugerah Filem Terbaik, Vietnam dan Filipina terus mendominasi
  • HIBURAN

AIFFA 2025: ‘Tenement’ ungguli Anugerah Filem Terbaik, Vietnam dan Filipina terus mendominasi

Utusan Sarawak 11 hours ago
‘TENEMENT’ dari Kemboja diumum sebagai Filem Terbaik.

KUCHING: Seluruh tumpuan dunia perfileman ASEAN terarah ke Pullman Kuching malam tadi apabila AIFFA 2025 membuka tirainya dengan penuh gaya melalui sebuah gala penuh glamour, emosi dan kejutan.

Malam berprestij itu menyaksikan detik paling dinanti apabila ‘Tenement’ dari Kemboja diumum sebagai Filem Terbaik, mengatasi pencalonan kuat yang lain sekali gus menjadi sorotan utama acara tahun ini.

Malam gala itu turut mencipta detik bermakna apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyampaikan Lifetime Achievement Award kepada pengarah tersohor Filipina, Lav Diaz. 

ANUGERAH Pencapaian Sepanjang Hayat milik pengarah tersohor Filipina, Lav Diaz.

Anugerah tersebut disambut dengan tepukan bergema daripada para hadirin yang mengiktiraf sumbangan besar beliau terhadap perkembangan sinema ASEAN.

Dominasi Vietnam dan Filipina semakin ketara apabila kedua-dua negara membawa pulang kemenangan dalam beberapa kategori utama.

Dalam kategori penulisan, The Gospel of the Beast dari Filipina mengetepikan pesaing dari Malaysia, Kemboja dan Vietnam untuk meraih Skrip Terbaik.

Vietnam pula menyerlah melalui Inside the Yellow Cocoon Shell, yang meraih kemenangan dalam kategori Suntingan Terbaik sebelum sekali lagi menonjol apabila pengarahnya, Pham Thien Ann, diumum sebagai Pengarah Terbaik.

Filipina meneruskan rentak kemenangan apabila Some Nights I Feel Like Walking dipilih sebagai pemenang Sinematografi Terbaik.

Pada masa sama, karya dari Borneo turut diberi tempat apabila Tegkang dari Malaysia dan Waiters dari Brunei menerima Special Jury Award, memperlihatkan kepelbagaian naratif dari wilayah tersebut.

SWEET Qismina dari Malaysia diumum sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Babah. Foto JAPEN

Dalam kategori lakonan, Sweet Qismina dari Malaysia diumum sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Babah, manakala Ronnie Lazaro dari Filipina menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui The Gospel of the Beast.

Sementara itu, Indonesia turut bersorak apabila Yunita Siregar memenangi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Home Sweet Loan, dan kemenangan Pelakon Lelaki Terbaik menjadi milik Wu Kang Ren dari filem Malaysia Abang Adik.

AIFFA 2025 melabuhkan tirai dengan penuh sorakan dan tepukan apabila ‘Tenement’ kembali disebut sebagai pemenang besar malam itu, mengukuhkan kedudukannya sebagai karya paling menonjol dalam sinema ASEAN tahun ini.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta bintang legenda Hong Kong, Simon Yam.

Oleh Norman B & Masrin Affirah

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal jadi lokasi penggambaran ‘Gerak Khas 2.0’
Next: Eksklusif: ‘Ini untuk Malaysia’, ucapan syukur Sweet Qismina menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.