Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AIFFA 2025: Sukarelawan belia Sarawak raih pengalaman dunia sebenar
  • TEMPATAN

AIFFA 2025: Sukarelawan belia Sarawak raih pengalaman dunia sebenar

Utusan Sarawak 10 hours ago
AZAM Young Souls bergambar bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II (Industri Kreatif dan Persembahan), Datuk Snowdan Lawan;  Pengarah Urusan World Communications Network Resources (M) Sdn. Bhd., Jaffri Amin Osman; serta Pengarah AIFFA 2025, Livan Tajang.

KUCHING: Peranan belia Sarawak kembali terserlah di pentas serantau apabila AZAM Sarawak melalui sayap belianya, AZAM Young Souls (AYS), sekali lagi diberi kepercayaan membantu pelaksanaan Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 yang berlangsung dari 12 November lalu hingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, berkata AIFFA menghimpunkan penggiat industri kreatif dari seluruh ASEAN, menjadikan penyertaan sebagai sukarelawan satu peluang pembelajaran yang amat bernilai.

“Untuk sukarelawan belia kita, ia bukan sahaja membina keyakinan, malah melengkapkan mereka dengan kemahiran dunia sebenar.

“Di AZAM, kami percaya apabila belia berkembang, Sarawak turut berkembang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pengurus Komunikasi Strategik, Media & Perhubungan Belia AZAM, Mohd Hassnal Hakim, turut menegaskan bahawa pengalaman lapangan ialah medium pembelajaran terbaik bagi golongan muda.

“AIFFA memerlukan komunikasi yang efektif, disiplin operasi dan kerjasama erat.

“Semua ini membantu membentuk pemimpin muda Sarawak yang berdaya saing dan progresif,” jelasnya.

Di The Spring, Fadzim Aeman pula berkata tugasan mengendalikan pameran dan tayangan filem memberinya gambaran jelas tentang pengoperasian festival antarabangsa serta melatihnya untuk lebih peka dan profesional.

Sementara itu, Pengarah Projek AIFFA 2025/2026, Karen Ong, memuji dedikasi pasukan AYS yang disifatkan sebagai tulang belakang operasi festival.

“Sukarelawan AYS sentiasa membawa tenaga positif dan profesionalisme tinggi. Mereka membantu memastikan festival berjalan lancar, dan kami amat menghargai sokongan berterusan AZAM Sarawak sejak 2013,” ujarnya.

Beberapa sukarelawan AYS turut berkongsi pengalaman mereka, termasuk Arween Zahra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan berpeluang mengurus ketibaan delegasi serta bertemu bintang filem dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei.

Kerjasama antara AZAM Sarawak dan penganjur, World Communications, telah terjalin sejak edisi pertama AIFFA pada 2013 dan terus diperkukuh melalui penganjuran tahun ini.

Bagi edisi 2025, sebanyak 60 sukarelawan AYS digerakkan ke pelbagai lokasi utama festival termasuk The Spring, Muzium Budaya Borneo, Hotel Pullman, Hotel Grand Margherita, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching serta Amphitheatre Kuching.

Sukarelawan tersebut membantu pelbagai aspek operasi antaranya penyusunan atur venue, pengurusan delegasi, penyelarasan tetamu serta tugasan lapangan bersama pihak penganjur.

Penyertaan itu turut membuka peluang pembelajaran praktikal dalam bidang komunikasi, pengurusan acara, kepimpinan dan kerja berpasukan selaras dengan aspirasi AZAM memperkasa belia melalui pendedahan berimpak tinggi.

Penglibatan AYS dalam AIFFA 2025 menjadi bukti komitmen AZAM Sarawak untuk memperkasa belia negeri melalui pengalaman dunia sebenar, seterusnya menyokong aspirasi ‘Grow the Youth, Grow Sarawak’ dalam melahirkan generasi masa depan yang yakin, berkemahiran dan berdaya saing di peringkat Asia Tenggara.

Continue Reading

Previous: Porgram Wanita Dinamik beri impak besar, hampir RM4 juta bantuan disalur di Sarawak
Next: Kerajaan Sarawak ambil alih semua bekas jalan balak – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.