Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • AIFFA 2025 berlangsung meriah bertemakan ‘Di Bawah Sinar Bintang’ di Kuching
  • HIBURAN

AIFFA 2025 berlangsung meriah bertemakan ‘Di Bawah Sinar Bintang’ di Kuching

Utusan Sarawak 1 hour ago
Simbolik pelancaran AIFFA 2025 bertemakan ‘Di Bawah Sinar Bintang’.

KUCHING: Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 membuka tirai dengan malam penuh gemerlapan bertemakan ‘AIFFA 2025 Di Bawah Sinar Bintang’ AIFFA 2025 Under the Stars di Hotel Grand Margherita, di sini, malam ini.

Majlis pembukaan yang disertai delegasi dari semua negara ASEAN termasuk ahli baharu, Timor Leste, menyerikan lagi suasana dengan kehadiran ramai penggiat industri perfileman serantau.

Bagi sebahagian besar tetamu, ia bukan sahaja malam pertemuan semula tetapi juga wadah peluang baharu untuk menjalin kerjasama antarabangsa.

Acara berprestij itu turut menyaksikan pengumuman senarai rasmi pencalonan filem terbaik AIFFA 2025 yang meraikan bakat sinematik unggul dari seluruh rantau ASEAN dan luar.

Pengarah Festival AIFFA, Livan Tajang, berkata edisi kali ini menerima jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjuran iaitu melebihi 200 filem.

“Filem yang disenarai pendek membuktikan dedikasi, semangat dan ketajaman pengarah dalam menghasilkan kisah yang berkualiti serta menyentuh hati. ASEAN benar-benar sebuah wadah kepelbagaian budaya dan kreativiti. Kami juga menantikan penyertaan dari Timor Leste pada penganjuran seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Juri AIFFA 2025, U-Wei Haji Saari, menyifatkan filem yang dipertandingkan menggambarkan kepelbagaian budaya, sejarah, bahasa dan sosioekonomi negara-negara ASEAN.

“Kami para juri benar-benar menikmati proses penilaian ini. Ia satu pengalaman pembelajaran yang memperkaya dan mempesonakan. Kekuatan lakonan, pengarahan dan mutu sinematografi membuktikan kehebatan industri filem ASEAN,” ujarnya.

Barisan juri AIFFA 2025 diketuai oleh U-Wei Haji Saari dari Malaysia, bersama Herman Van Eyken dari Belgium dan Mohanad Hayal dari Iraq selaku juri antarabangsa, manakala Nik Amir Mustapha (Malaysia) dan Embi C Noer (Indonesia) mewakili juri ASEAN.

AIFFA terus menjadi platform penting yang meraikan kehebatan penceritaan visual, menggalakkan kolaborasi kreatif dan menyokong kemunculan bakat baharu di rantau ini.

Keputusan pemenang akan diumumkan pada Malam Gala AIFFA 2025 yang dijadual berlangsung di Colosseum Ballroom, Hotel Pullman Kuching pada Sabtu ini.

AIFFA yang berpusat di Kuching sejak penganjurannya menjadi medan pertemuan utama pembikin filem, penulis skrip dan pelakon ASEAN untuk meraikan kecemerlangan kreatif serta mengukuhkan jaringan industri di peringkat serantau dan antarabangsa.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pelakon terkenal Hong Kong Simon Yam tiba di Kuching sempena AIFFA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.