Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aifa sedia uji Weaver di aksi pembuka Kejohanan Dunia
  • SUKAN

Aifa sedia uji Weaver di aksi pembuka Kejohanan Dunia

Utusan Sarawak 13 hours ago
PEMAIN skuasy negara Aifa Azman

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara Aifa Azman mengakui cabaran getir menantinya apabila dijadual bertemu pemain nombor empat dunia Olivia Weaver pada pusingan pertama Kejohanan Dunia 2024/2025 di Chicago, Amerika Syarikat, esok.

Namun, pemain berusia 23 tahun itu tidak gentar, meskipun pertemuan itu boleh diumpamakan seperti perlawanan ‘David menentang Goliath’.

Walaupun rekod pertemuan memihak sepenuhnya kepada pemain Amerika Syarikat itu dengan dua kemenangan, Aifa yang kini menghuni ranking ke-38 dunia tetap bersemangat dan berazam memberi tentangan sengit.

“Saya harap undian lebih baik, tapi inilah yang saya dapat. Ia pasti menarik untuk lihat bagaimana prestasi saya menentang pemain nombor empat dunia dalam perlawanan pembukaan.

“Harapan saya, dapat bermain pada tahap terbaik dan memberikan cabaran sebenar kepadanya,” katanya kepada Bernama.

Mengulas persiapannya ke kejohanan berprestij itu, Aifa berkata beliau memberi tumpuan kepada aspek durasi perlawanan erta meningkatkan tahap kesabaran untuk bertahan dalam rali lebih panjang, selain mengurangkan serangan tergesa-gesa.

Selepas menamatkan saingan di Terbuka Bermuda 2025 di Devonshire minggu lalu, Aifa mengambil keputusan untuk berlepas awal ke Chicago bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masa tempatan.

Anak kelahiran Kedah itu berkata keputusan itu membantu memperincikan persediaan serta membiasakan diri dengan gelanggang di sana tanpa mengalami masalah jet lag.

Mengulas kekalahan kepada adiknya Aira Azman di peringkat separuh akhir Terbuka Bermuda – tewas 11-4, 4-11, 8-11, 6-11 dalam perlawanan selama 31 minit – Aifa berkata dia sudah melupakan episod itu dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih baik di Chicago.

Selain Aifa dan Aira, barisan pemain wanita negara yang turut beraksi di Chicago ialah pemain nombor sembilan dunia, S. Sivasangari; Rachel Arnold (ke-19) dan Noor Ainaa Amani Ampandi (ke-48).

Cabaran lelaki negara pula diketuai pemain ranking ke-10 dunia, Ng Eain Yow dan Sanjay Jeeva (ke-72).

Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David masih kekal sebagai pemain terakhir negara yang memenangi gelaran dunia, dengan rekod lapan kejuaraan.

Kejohanan Dunia itu bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 17 Mei.– Bernama

Continue Reading

Previous: PESTASA cari pemain takraw bentuk pasukan Sri Aman
Next: Pakistan tarik diri Piala Asia ASTAF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.