Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aidilfitri simbol perjuangan buat pesakit hepatitis di Kampung Semerah Padi
  • TEMPATAN

Aidilfitri simbol perjuangan buat pesakit hepatitis di Kampung Semerah Padi

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN… Anggota Hope Place merakam kenangan bersama pesakit hepatitis di Kampung Semerah Padi bagi menyerahkan bantuan, baru-baru ini.

KUCHING: Di saat rumah-rumah lain masih bergema dengan gelak tawa dan kunjungan Aidilfitri, sebuah keluarga di Kampung Semerah Padi, Petra Jaya hanya mampu menyambut lebaran dalam diam dengan linangan air mata.

Bagi seorang wanita berusia 30-an yang enggan didedahkan namanya, Aidilfitri tahun ini bukan lagi tentang baju baharu atau juadah raya.

Sebaliknya, ia menjadi simbol perjuangan menentang kesakitan dan kelangsungan hidup dalam serba kekurangan.

Segalanya bermula pada Disember lalu, apabila dia diserang leptospirosis, iaitu jangkitan serius akibat air kencing tikus – dan ditemui tidak sedarkan diri oleh adiknya di rumah.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan.

Namun, malang tidak berbau. Selepas keluar dari ICU, ujian lanjut mendapati dia menghidap dua jenis hepatitis, iaitu Hepatitis B dan Hepatitis C.

TEMPAT BERTEDUH… Keadaan di dalam rumah pesakit hepatitis di Kampung Semerah Padi.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mengalami anemia, penglihatan kabur serta sakit sendi pada lutut, menjadikan pergerakannya terbatas dan tubuhnya semakin susut dan lemah.

Dalam keadaan ini, suaminya yang bekerja sebagai pemotong rumput menjadi satu-satunya pencari nafkah manakala anak lelaki mereka pula bekerja sambilan di sebuah pusat cuci kereta untuk membantu menyara keluarga.

Anak bongsu mereka masih bersekolah dan bapa mertua yang uzur turut tinggal bersama mereka.

Menyedari kesukaran mereka, pertubuhan kebajikan Hope Place Kuching tampil menyalurkan bantuan selepas dimaklumkan oleh pegawai kebajikan HUS.

Antara bantuan yang diberikan termasuk beras, minyak masak, susu, biskut, makanan dalam tin serta barangan keperluan asas lain.

Sementara menanti kelulusan permohonan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), keluarga ini terus bertahan dengan apa yang ada.

Bagi mereka, Aidilfitri kali ini mengajar makna sebenar ketabahan dan kasih sayang dan bukan pada kemewahan, tetapi pada semangat untuk terus hidup, bersama-sama menghadapi apa jua dugaan yang mendatang.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SSLR, Lebuh Raya Kawasan Utara buka lebih banyak peluang pembangunan
Next: 1,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.