Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aidilfitri platform kukuh perpaduan, kesejahteraan Sarawak
  • SEMASA

Aidilfitri platform kukuh perpaduan, kesejahteraan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan sambutan Hari Raya perlu dimanfaatkan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini.

Beliau berkata, Aidilfitri bukan sekadar perayaan kemenangan selepas sebulan berpuasa, malah menjadi ruang untuk mensyukuri nikmat, mengeratkan silaturahim serta saling bermaaf-maafan dalam kalangan masyarakat.

“Dalam suasana penuh kemeriahan ini, kita diingatkan tentang pentingnya nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri.

Menurutnya, keunikan Sarawak sebagai negeri yang dihuni pelbagai kaum, agama dan budaya merupakan satu kekuatan yang perlu terus dipelihara demi kestabilan dan kemajuan berterusan.

Katanya, semangat perpaduan dan saling memahami antara masyarakat menjadi asas penting dalam memastikan pembangunan Sarawak terus maju dan makmur.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai peluang mengukuhkan hubungan persaudaraan bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, tetapi juga dengan seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Dengan semangat kebersamaan, kita mampu menyumbang kepada kemajuan serta kesejahteraan Sarawak yang kita kasihi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam khususnya di Sarawak serta memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.

Beliau berharap sambutan Aidilfitri tahun ini membawa kegembiraan, kedamaian dan keberkatan kepada semua.

Continue Reading

Previous: Aidilfitri perkukuh perpaduan, pacu Sarawak Maju 2030
Next: SCS terjemah dasar kerajaan kepada hasil nyata untuk rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.