Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan
  • NASIONAL

Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan

Utusan Sarawak 1 year ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata setakat ini, empat syarikat penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu dengan jumlah kekerapan 129 penerbangan seminggu dari enam destinasi iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching, Pulau Pinang dan Subang.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan semasa musim perayaan khususnya di laluan yang mempunyai permintaan tinggi termasuk ke Kota Bharu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff  yang ingin tahu jumlah penerbangan domestik ke Kelantan setiap hari terutamanya pada musim perayaan dan sama ada kerajaan berhasrat menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menjadi lapangan terbang antarabangsa. 

Menjawab kepada persoalan itu, Hasbi berkata fasa satu projek menaik taraf LTSIP dijangka siap pada 30 April ini diikuti dengan fasa dua 26 Januari 2025.

“Apabila projek menaik taraf tersebut disempurnakan pada 2025, LTSIP dapat menampung kapasiti empat juta penumpang setahun,” katanya. 

Beliau berkata meskipun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia tetap berperanan sebagai pengantara kepada enam lapangan terbang antarabangsa negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru.

“Walaupun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia masih menerima dan boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa seperti Lapangan Terbang Miri dan Ipoh yang mempunyai penerbangan ke Singapura,” katanya.

Hasni berkata sebarang cadangan untuk menyedia dan menambah kekerapan jadual penerbangan bagi mana-mana laluan termasuk laluan ke LTSIP merupakan perancangan yang ditentukan sendiri oleh syarikat penerbangan berdasarkan daya maju komersial sesuatu laluan.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM). – Bernama

Continue Reading

Previous: LTAT umum dividen lima peratus, libatkan pembayaran RM485.08 juta
Next: Program Jualan RAHMAH di 302 lokasi seluruh negara bermula semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.