
PETRA JAYA: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Gita Laut dan Taman Sri Melati berlangsung meriah malam ini di Surau Darul Fadzlillah dengan kehadiran masyarakat setempat.
Majlis anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) kawasan itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof serta isteri.
Program yang bermula seawal 8.30 malam itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk pelbagai lapisan masyarakat sempena sambutan Aidilfitri.

Selain jamuan makan, acara turut diserikan dengan cabutan hamper bertuah sebagai penghargaan kepada kehadiran penduduk.
Penganjuran majlis seumpama ini dilihat mampu memperkukuh perpaduan komuniti setempat di samping menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.
Oleh Norman B