Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Aidilfitri di Sarawak disambut sederhana, kekal harmoni
  • TEMPATAN

Aidilfitri di Sarawak disambut sederhana, kekal harmoni

Utusan Sarawak 4 hours ago
MERIAHKAN RAYA…(duduk empat kiri) Dr Abdul Rahman, bergambar bersama tetamu yang datang. 

LIMBANG: Konflik di Asia Barat tidak menjejaskan sambutan Aidilfitri di Sarawak, yang terus diraikan dalam suasana sederhana serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata umat Islam di negeri ini menyambut Aidilfitri bersama masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam suasana harmoni serta bersatu padu.

“Aidilfitri ini kita raikan secara sederhana berikutan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan akibat konflik geopolitik di luar negara, yang memberi impak kepada kenaikan harga minyak dan barangan, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Walau bagaimanapun, perayaan ini tetap perlu diraikan kerana ia memberi kesan positif dalam memperkukuh kerjasama, perpaduan dan kesatuan masyarakat pelbagai kaum,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Kampung Nauran, baru-baru ini.

Menurut beliau, selain Aidilfitri, keharmonian antara kaum berlainan budaya dan agama turut terserlah dalam sambutan perayaan utama lain seperti Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Krismas.

Katanya, nilai kebersamaan tersebut perlu terus dipelihara dan diperkukuh pada masa hadapan.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: DAPSY Kuching gesa percepat pelaksanaan Program CNVR tangani rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.