Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aidilfitri di Lawas disambut meriah, kehadiran cecah 10,000 pengunjung
  • Utara
  • WILAYAH

Aidilfitri di Lawas disambut meriah, kehadiran cecah 10,000 pengunjung

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAYA KITA...Awang Tengah menerima cenderamata pedang Orang Ulu daripada Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau bersama rombongan daripada Baram.

LAWAS: Sambutan Hari Raya di daerah ini berlangsung meriah apabila rumah terbuka Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, merekodkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung.

Beliau menzahirkan rasa syukur atas semangat harmoni dan amalan ziarah-menziarahi yang terus dipupuk, sekali gus menjadikan Aidilfitri di Lawas sebagai sambutan untuk semua lapisan masyarakat.

“Syukur ramai yang datang, dari kawasan berhampiran hingga sejauh Kuching, untuk bersama-sama beraya. Inilah yang dikatakan sebagai ‘Raya Kita’ kerana semua kaum dan agama hadir dalam suasana gembira serta harmoni.

“Inilah Sarawak setiap kali musim perayaan — satu sambutan yang menyatukan semua,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka beliau di sebuah hotel di sini, semalam.

SAYANGI RAKYAT…Awang Tengah bersama rakan warga emas yang dikenali sejak kecil di Kuala Lawas Liaw Su Hua 89 tahun, Siaw Jin Ti berusia 89 tahun, Liaw Guan Eng berusia 83 tahun, Liaw Leh Hong berumur 85 tahun dan Teo Mew Eng berusia 86 tahun.

Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah berkata suasana harmoni yang wujud perlu terus dipelihara, selain memberi peluang untuk beliau bertemu rakan lama daripada pelbagai kaum.

“Saya gembira dapat bertemu rakan warga emas daripada pelbagai latar belakang seperti Lun Bawang, Orang Ulu Baram, Iban dan Cina. Walaupun usia berbeza, semangat keakraban itu tetap terserlah,” ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh penduduk di Sarawak, Brunei, Labuan dan Sabah.

MESRA RAKYAT…Awang Tengah dan isteri menyambut hadirin sejak pagi hingga majlis berakhir pada lewat petang semalam.

Antara kenamaan yang hadir pada hari kedua majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong; Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau; Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa; serta Naib Presiden Persatuan Jati Mirriek Miri, Dato Safri Datuk Abdillah, bersama kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Friday Belik kekal terajui PDP Krian, Pati Gimang dipilih Timbalan Pengerusi
Next: Kesesakan sempadan utara Sarawak memuncak hari keempat Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.