Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Aidiladha: Bekalan ternakan korban mencukupi
  • NASIONAL

Aidiladha: Bekalan ternakan korban mencukupi

Utusan Sarawak 5 hours ago
BEKALAN ternakan tempatan dan import mencukupi untuk memenuhi keperluan korban Aidiladha tahun ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bekalan ternakan bagi sambutan Aidiladha tahun ini mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa di seluruh negara.

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sehingga April lepas, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan ialah 35,127 ekor manakala bekalan diimport 16,845 ekor.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan bekalan lembu dan kerbau bagi tujuan korban mencecah 51,972 ekor sekali gus melebihi anggaran keperluan institusi seperti masjid, surau dan rumah sembelih yang dijangka sebanyak 40,420 ekor,” menurut kenyataan itu.

Bagi bekalan kambing dan bebiri, KPKM memaklumkan stok tempatan direkodkan sebanyak 25,815 ekor manakala bekalan import 4,232 ekor, menjadikan jumlah keseluruhan 30,047 ekor berbanding unjuran permintaan semasa 22,424 ekor.

Melalui unjuran data itu, KPKM memberi jaminan jumlah bekalan ternakan dalam negara mencukupi bagi menampung permintaan penyembelihan untuk tujuan korban tahun ini.

Dari aspek kesiapsiagaan infrastruktur, KPKM memaklumkan sebanyak 27 rumah sembelih milik DVS di seluruh Semenanjung Malaysia sedia beroperasi bagi tujuan penyembelihan ternakan korban.

“Selain itu, DVS juga mengeluarkan lesen kepada 43 rumah sembelih swasta di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga 16 Mac bagi menawarkan perkhidmatan penyembelihan yang sah kepada masyarakat,” menurut kenyataan itu.

KPKM memaklumkan penganjur yang ingin menjalankan aktiviti penyembelihan korban di luar rumah sembelih seperti di masjid, surau, sekolah, kawasan perumahan dan tempat awam diwajibkan mengemukakan permohonan permit penyembelihan luar berserta dokumen berkaitan bagi mendapatkan kelulusan.

Kementerian itu turut menyarankan orang ramai sentiasa merujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban dikeluarkan DVS sebagai rujukan asas bagi memastikan seluruh proses pelaksanaan ibadah korban lancar dan mematuhi standard ditetapkan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bangunan runtuh di Filipina: Dua rakyat Malaysia terkesan, seorang disahkan selamat
Next: Ibadah korban dalam talian semakin jadi pilihan umat Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.